SALAM

KATA HIKMAH

KATA HIKMAH

MENU

Tuesday, 19 November 2013

: : Pengenalan Basikal : :

Pengenalan Basikal


Perkara yang paling menakjubkan tentang basikal adalah bahawa di antara semua mesin dan haiwan yang bergerak, ia adalah alat yang paling berkesan untuk mengangkut beban bagi jarak yang lebih jauh untuk jumlah penggunaan tenaga yang malar  iaitu kira-kira 0.15 cal/g_km. Ramuan antara pedal mekanikal, rantai, dan roda, digabungkan dengan otot paha yang kuat pada badan manusia, merupakan kombinasi yang terbaik untuk mencapai gerakan ke hadapan.

Sungguh, basikal pada saat ini, merupakan mesin pengangkutan yang amat cocok dengan pengangkutan mapan kerana menawarkan pelbagai kelebihan. Tidak seperti kenderaan bermotor yang ada pada hari ini, penggunaan basikal tidak mencemarkan alam sekitar, menjimatkan penggunaan ruang, mampu memelihara sumber yang tidak boleh diperbaharui serta meningkatkan kesihatan kepada penunggangnya.

Wednesday, 13 November 2013

: : Jenis-Jenis Amalan Berjalan Kaki : :

Jenis-Jenis Amalan Berjalan Kaki Di Bandar


Tingkah laku manusia apabila mereka bergerak atau berjalan kaki dalam ruang awam dipengaruhi oleh tujuan dan tindakan tertentu. Umumnya aktiviti berjalan ini kelihatan sama dan normal untuk kita semua, namun beberapa situasi yang berbeza dapat dikenal pasti.

Berjalan Pantas


Ini merupakan keperluan untuk bergerak dengan pantas dari titik A ke titik B. Tujuan utama adalah untuk mengatasi jarak dengan cepat. Bagi tujuan ini sebahagian besar pejalan kaki akan mengabaikan semua gangguan dan tidak beralih ke destinasi lain atau kepada tindakan lain.

Thursday, 7 November 2013

: : Kekangan Untuk Bas : :

Kekangan Untuk Bas


Walaupun bas menawarkan pelbagai kelebihan kepada pengguna jalan raya dan merupakan nadi utama pengangkutan di bandar, namun malangnya, mod pengangkutan ini juga tidak sempurna. Terdapat pelbagai kekangan dan masalah yang perlu dihadapi. Bagaimanapun, ciri-ciri negatif ini mungkin bergantung kepada kes-kes tertentu setelah kesesuaian mod pengangkutan lain diteliti.

Sebagai contoh, keperluan untuk pemandu bas yang banyak boleh menjadi masalah yang serius di tempat-tempat tertentu disebabkan oleh kos buruh yang tinggi, sebaliknya ia boleh dianggap sebagai faedah di negara-negara yang perlu untuk membangunkan peluang pekerjaan dan pembangunan kemahiran.

Wednesday, 6 November 2013

: : Keutamaan Bas : :

Keutamaan Bas




Bas mempunyai beberapa kelebihan sebagai mod transit, baik dari sudut kenderaan itu sendiri mahupun cara di mana ia beroperasi. Berikut merupakan keutamaan bas dari sudut kenderaan dan operasi perkhidmatan.

KENDERAAN

Ketersediaan

Bas tidak bergantung kepada teknologi canggih, dan ia mampu dihasilkan oleh pelbagai pengeluar di banyak negara. Pada setiap masa, pelbagai model dari berbagai-bagai pengeluar menawarkan pelbagai ciri-ciri yang terdapat di dalam pasaran global. Tetapi terdapat sedikit kekangan dari sudut peralatan alat ganti, di mana kebiasaan alat ganti perlu diperoleh dari negara pengeluar asal. Namun, kekangan dapat atasi dengan pembukaan cawangan syarikat di luar negara.

Tidak memerlukan kepada penyelidikan dan pembangunan tinggi

Walaupun peningkatan teknikal untuk bas berterusan, dan unsur-unsur baru diperkenalkan dari semasa ke semasa, namun ini adalah satu proses evolusi yang agak perlahan. Kenderaan-kenderaan yang sedia ada sudah cukup untuk memenuhi keperluan asas hampir mana-mana agensi atau keadaan; dengan itu, permintaan untuk ciri-ciri prestasi khas akan menjadi satu kejadian yang jarang berlaku.

Tuesday, 5 November 2013

: : Corak Rangkaian Bas : :

Corak Rangkaian Perkhidmatan Bas

Laluan Bas percuma Go-KL
Sumber: sinarharian.com.my

Tidak dapat disangkal lagi bagi perancangan perkhidmatan bas akan bermula dengan pemilihan corak geometri abstrak. Corak geometri yang dipilih ini perlulah bersesuaian dengan kedudukan bandar dan rangkaian jalan raya yang ada di Bandar tersebut. Beberapa faktor lain turut diberi perhatian untuk membentuk asas perkhidmatan dan operasi bas yang bersesuaian di sesuatu tempat seperti jumlah penduduk, golongan sasaran, permintaan dan lain-lain.

Selain itu, dalam kehidupan sebenar, rangkaian perkhidmatan perlu bertindak balas kepada permintaan tempatan, dan mereka perlu menghormati kekangan fizikal, seperti topografi, jalan raya yang ada, kesempitan saluran, dan lain-lain.

Berikut merupakan antara corak geometri yang boleh digunakan untuk menjalankan perkhidmatan dan operasi bas:

Perkhidmatan Shuttle


Satu laluan tunggal di antara dua titik penting, dengan kekerapan perkhidmatan bergantung kepada permintaan.

Saturday, 2 November 2013

: : Fungsi Khas Bas : :

Fungsi Khas Bas


Walaupun bas secara umumnya digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan awam harian, namun terdapat pelbagai lagi fungsi bas yang digunakan sebagai medium pengangkutan. Berikut merupakan pelbagai jenis perkhidmatan bas yang tidak digunakan dalam transit umum:

Bas Sekolah



Bas sekolah adalah sejenis bas yang direka khas dan dihasilkan untuk pengangkutan pelajar; iaitu dengan membawa pelajar ke sekolah harian dan acara sekolah.

Bas Persiaran


Direka untuk membawa pelancong dan membenarkan penglihatan yang baik terhadap persekitaran di sekeliling. Selain itu, kenderaan yang direka khas dengan dua dek adalah sangat popular untuk tujuan ini.

Friday, 1 November 2013

: : Bas : :

Bas

Umum telah mengetahui bahawa bas merupakan nadi kepada dunia transit. Sehingga ke saat ini, masih lagi terdapat banyak tempat di bandar-bandar seluruh dunia hari ini yang menjadikan bas satu-satunya mod perkhidmatan transit awam yang ditawarkan. Selain itu penulis buku ..berpendapat bahawa tidak ada kota yang mempunyai perkhidmatan transit beroperasi tanpa komponen bas.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa bas menyediakan perkhidmatan asas pengangkutan di kebanyakan tempat. Bas mampu membawa beban penumpang yang besar dan menawarkan perkhidmatan yang cekap dan lancar sekiranya diberi perhatian sepenuhnya. Tidak ada kejuruteraan maju atau kemahiran khas yang diperlukan untuk menjalankan perkhidmatan bas dan ia adalah cukup ekonomi.

Bas merupakan sebuah kenderaan yang menampung ramai penumpang, yang dipandu oleh seorang pemandu, lazimnya menggunakan enjin diesel dan bertayar getah. Namun kini sudah terdapat bas yang menggunakan enjin biodesel dan hibrid.

SPEDA Power By

SPEDA Power By