SALAM

KATA HIKMAH

KATA HIKMAH

MENU

Wednesday, 12 June 2013

: : Bayaran Kesesakan : :


Kesesakan lalu lintas adalah perkara lazim di bandar-bandar besar dan lebuh raya utama yang menyumbang kepada masalah pembaziran masa, ketidaktentuan dan gangguan kepada pengangkutan barang dan penumpang (De Palma&Lindsey 2011). Projek UNITE Eropah menganggarkan kos kesesakan lalu lintas di UK mencecah £ 15 bilion/tahun atau 1.5% daripada KDNK, manakala Perancis dan Jerman masing-masing 1.3% dan 0.9% daripada KDNK (Nash 2003).


Sementara menurut (Schrank&Lomax 2009) pada tahun 2007, kesesakan di Amerika Syarikat menyebabkan 4.2 bilion jam kelewatan perjalanan dan 2.8 bilion gelen penggunaan bahan api tambahan dengan jumlah kos 87 bilion. Secara tradisional penyelesaian kepada kesesakan lalu lintas adalah meningkatkan bekalan trafik. Namun, selain menanggung permintaan trafik yang baru, penyelesaian tradisional ini terhad oleh beberapa faktor seperti ekonomi bandar, geografi dan persekitaran (Shi et al. 2009).

Caj kesesakan adalah strategi asas yang paling berkuasa di tangan datuk bandar untuk mengurangkan pemanduan yang tidak perlu, menggalakkan pengangkutan mesra alam serta pembiayaan untuk penambahbaikan infrastruktur pengangkutan. Caj kesesakan adalah amalan mengenakan harga tertentu kepada pemandu kenderaan bermotor yang menggunakan jalan, jambatan atau terowong sewaktu tempoh penggunaan yang paling sesak.

Strategi ini bertujuan untuk mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor semasa waktu puncak, sekali gus mengurangkan kesesakan trafik dan menggalakkan penumpang untuk berjalan, berbasikal atau memilih pengangkutan awam sebagai alternatif.


Rujukan

De Palma, A. & Lindsey, R.   2011.   Traffic Congestion Pricing Methodologies and Technologies.  Transportation Research Part C: Emerging Technologies  19(6): 1377-1399.
Nash, C.   2003.   Final Report for Publication.  UNITE Project (1999-AM. 11157) 
Schrank, D. & Lomax, T. 2009. The 2009 Urban Mobility Report. College Station: Texas Transportation Institute, Texas a&M University.
Shi, F., Chen, Y., Li, H. & Deng, L.   2009.   Class of Comprehensive Optimization of Congested Road-Use Pricing and Parking Pricing.  Journal of Transportation Systems Engineering and Information Technology  9(1): 74-79.

No comments:

Post a Comment

SPEDA Power By

SPEDA Power By