SALAM

KATA HIKMAH

KATA HIKMAH

MENU

Tuesday, 11 June 2013

: : Kenderaan Biodesel : :


Menurut (Nigam&Singh 2011), ketika ini bahan api fosil mewakili 80% tenaga utama yang digunakan di dunia, di mana 58% daripadanya digunakan oleh sektor pengangkutan sahaja. Sumber bahan api fosil yang sering digunakan untuk memenuhi permintaan tenaga ini membawa banyak kesan negatif seperti perubahan iklim dan kehilangan biodiversiti.

Kekurangan progresif bagi bahan api konvensional fosil dengan penggunaan tenaga yang semakin meningkat tersebut telah membawa kepada satu langkah alternatif bagi sumber-sumber tenaga boleh diperbaharui yang mapan, cekap dan kos efektif. Salah satu bahan api alternatif yang praktikal adalah biodiesel.


Biodesel adalah tenaga boleh diperbaharui yang diperoleh daripada minyak sayuran atau lipid dan alkohol. Biodesel mempunyai potensi yang amat besar untuk bertindak sebagai bahan api alternatif kepada petrol dan diesel. Secara komersial, campuran ini dikenali dengan nama B10, B20 atau B100. Angka 10, 20 dan 100 tersebut adalah mewakili peratusan isi padu komponen biodesel dalam adunan dengan minyak diesel.

Sementara (Shahid&Jamal 2008) mendapati bahawa penggunaan campuran minyak diesel dan biodiesel, pada nisbah 80:20 B20 adalah yang paling berkesan. Apa-apa jenis bahan mentah yang mengandungi asid lemak bebas atau trigleserida seperti minyak sayuran, sisa minyak, lemak haiwan dan sisa gris boleh ditukar kepada biodesel.

Walau bagaimanapun, produk akhir mesti memenuhi spesifikasi kualiti yang ketat sebelum ia boleh diterima sebagai bahan bakar biodesel. Penggunaan biodesel sebagai bahan api enjin pembakaran dalaman boleh memainkan peranan yang penting dalam membantu mengurangkan kebergantungan terhadap petroleum dan juga diesel (Ong et al. 2011).

Rujukan

Nigam, P. S. & Singh, A.   2011.   Production of Liquid Biofuels from Renewable Resources.  Progress in Energy and Combustion Science  37(1): 52-68.
Ong, H., Mahlia, T. & Masjuki, H.   2011.   A Review on Energy Pattern and Policy for Transportation Sector in Malaysia.  Renewable and Sustainable Energy Reviews 
Shahid, E. M. & Jamal, Y.   2008.   A Review of Biodiesel as Vehicular Fuel.  Renewable and Sustainable Energy Reviews  12(9): 2484-2494.


No comments:

Post a Comment

SPEDA Power By

SPEDA Power By