SALAM

KATA HIKMAH

KATA HIKMAH

MENU

Wednesday, 12 June 2013

: : Program Hari Bebas Kenderaan : :

Terdapat banyak versi hari bebas kenderaan di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, kebanyakan program bebas kenderaan hari ini telah diilhamkan oleh Bogota, sebagai Colombia Ciclovia atau laluan basikal. Semasa berlangsungnya program ini iaitu pada setiap hari Ahad,  jalan raya di bandar sepanjang 70 kilometer ditutup untuk lalu lintas kenderaan bermotor sebaliknya dibuka kepada penunggang basikal dan pejalan kaki dari pukul 7:00 AM sehingga 2:00 PM.



Di samping untuk berbasikal dan berjalan, terdapat juga senamrobik dan pelbagai bengkel tarian dan acara muzik bersepadu dijalankan pada hari tersebut yang mampu menarik perhatian sehingga 1.3 juta peserta setiap minggu.
Program yang bermula semenjak tahun 1976 telah berkembang melangkaui sempadan negara dan telah merebak ke Amerika Utara dan Selatan dan di beberapa negara di Eropah. Program hari bebas kenderaan juga mampu menggalakkan penduduk untuk berfikir secara berbeza tentang jalan-jalan di bandar mereka dapat meningkatkan aktiviti fizikal, mengurangkan kadar obesiti dan bahkan boleh menyerlahkan kemudahan kebudayaan dan fizikal bandar.

Penyesuaian sebegini mungkin salah satu aset terhebat program, kerana ia membolehkan masyarakat untuk mewujudkan aktiviti mereka sendiri. Hari bebas kenderaan menawarkan banyak faedah; antaranya pembangunan masyarakat, ekuiti dan akses, pembangunan ekonomi, meningkatkan kesihatan mental dan fizikal, dan peningkatan pendidikan (Walkinginfo.Org 2013)

Rujukan

Walkinginfo.Org.   2013.   Car Free Days.   http://www.walkinginfo.org/promote/car-free-days.cfm [25 February 2013].

No comments:

Post a Comment

SPEDA Power By

SPEDA Power By