Sistem Isyarat Keutamaan Bas
Sebahagian besar masa perjalanan bas banyak
dihabiskan ketika bas menunggu di persimpangan isyarat trafik atau lampu
isyarat. Justeru, penyediaan sistem isyarat keutamaan bas di persimpangan
adalah terbukti amat berkesan dalam mengurangkan jumlah masa perjalanan
sesebuah bas dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti masa perjalanan kepada pengguna
transit.
Sistem isyarat keutamaan bas ini berfungsi
dengan bas mengeluarkan isyarat elektrik yang membolehkan ia dikesan oleh
isyarat trafik di persimpangan. Seterusnya sistem isyarat trafik akan
menyesuaikan pengaturan masa isyarat dalam dua keadaan. Pertama, memanjangkan
masa hijau bagi laluan bas (sekiranya laluan tersebut dalam waktu hijau). Kedua,
memendekkan masa hijau di laluan lain (sekiranya laluan bas bukan waktu hijau)
bagi membolehkan bas mendapat isyarat hijau terlebih dahulu.
Penyediaan sistem isyarat keutamaan bas di persimpangan yang memendekkan masa perjalanan bas ini juga mampu menawarkan pelbagai manfaat yang lain. Antaranya, dapat menambah kapasiti pengguna bas setiap hari dengan jumlah kenderaan yang sama atau sekiranya jumlah penumpang adalah sama, jumlah penggunaan bas dapat dikurangkan. Selanjutnya bas yang tidak digunakan boleh dilaburkan atau dimanfaatkan di tempat yang lain. Rajah 1 merumuskan manfaat-manfaat sistem isyarat keutamaan bas (D'souza et al. 2010):
Rajah 1. Manfaat sistem isyarat keutamaan bas
Rujukan
D'souza, C., Gardner, K., Hounsell, N. & Shrestha,
B. 2010. New Developments for Bus Priority at Traffic
Signals in London Using Ibus.
No comments:
Post a Comment