Pengangkutan awam juga dikenali dengan nama
Transit Awam, Transit Bandar dan Transit Massa termasuklah pelbagai
perkhidmatan perkongsian kenderaan untuk menyediakan mobiliti kepada orang awam
(Litman, 2011).
Pengangkutan awam adalah penting untuk mobiliti masyarakat dan memainkan
peranan penting dalam mengurangkan masalah berkaitan eksternaliti pengangkutan
seperti kemalangan dan kesesakan lalu lintas (Ongkittikul
& Geerlings, 2006).
Di samping itu, ia juga memainkan peranan
penting kepada penumpang yang berulang-alik ke tempat kerja (Kamaruddin,
Osman, & Pei, 2012).
Peningkatan dalam penggunaan pengangkutan awam, digabungkan dengan penurunan
dalam penggunaan kereta persendirian mampu mengurangkan CO2 dengan ketara
kerana pengangkutan awam secara amnya menyebabkan pelepasan CO2 lebih rendah
bagi kilometer per penumpang daripada kenderaan persendirian (Santos,
Behrendt, & Teytelboym, 2010).
Video Berkaitan
Video Berkaitan
Rujukan
Kamaruddin, R., Osman, I., &
Pei, C. A. C. (2012). Public Transport Services in Klang Valley: Customer
Expectations and Its Relationship Using SEM. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 36, 431-438.
Litman, T. (2011).
Evaluating public transit benefits and costs. Victoria Transport Policy Institute, 65.
Ongkittikul, S., &
Geerlings, H. (2006). Opportunities for innovation in public transport: Effects
of regulatory reforms on innovative capabilities. Transport Policy, 13(4), 283-293. doi: http://dx.doi.org/10.1016/j.tranpol.2005.12.003
Santos,
G., Behrendt, H., & Teytelboym, A. (2010). Part II: Policy instruments for
sustainable road transport. Research in
Transportation Economics, 28(1), 46-91.
No comments:
Post a Comment