SALAM

KATA HIKMAH

KATA HIKMAH

MENU

Monday, 1 April 2013

: : Perkhidmatan Shuttle : :



Perkhidmatan shuttle adalah perkhidmatan pengangkutan transit awam yang menggunakan bas kecil atau van untuk memberikan mobiliti kepada orang awam. Perkhidmatan shuttle termasuklah perkhidmatan ulang-alik membawa penumpang untuk perjalanan pendek di sepanjang koridor yang sibuk seperti kawasan perniagaan, pekerjaan, kampus pendidikan dan taman-taman atau kawasan rekreasi.

Perkhidmatan ini juga boleh menyambung mobiliti awam kepada pusat aktiviti utama seperti stesen transit dan pusat komersial. Perkhidmatan shuttle boleh disediakan semasa tempoh permintaan yang luar biasa tinggi, acara khas dan sebagai penyelesaian kepada limpahan parkir. Perkhidmatan shuttle ini boleh menjadi percuma atau hanya memerlukan tambang yang murah.


Selain itu, perkhidmatan shuttle ini lebih sesuai daripada perkhidmatan transit tetap untuk beberapa aplikasi, seperti perkhidmatan puncak, atau perkhidmatan di kawasan kepadatan rendah. 

Di samping itu ia juga mampu menawarkan kemudahan mobiliti kepada orang kurang upaya. Perkhidmatan shuttle biasanya dilaksanakan oleh agensi transit, persatuan pusat perniagaan, pemaju atau pentadbiran kampus (Litman 2003). Di Malaysia perkhidmatan ini lebih terkenal dengan nama Bas Mini.

Rujukan

Litman, T.   2003.   The Online Tdm Encyclopedia: Mobility Management Information Gateway.  Transport Policy  10(3): 245-249.

No comments:

Post a Comment

SPEDA Power By

SPEDA Power By