SALAM

KATA HIKMAH

KATA HIKMAH

MENU

Wednesday, 20 March 2013

: : Basikal Elektrik : :



Basikal elektrik atau turut dikenali dengan basikal bantuan kuasa adalah satu bentuk pengangkutan yang muncul dan pesat dibangunkan bertujuan untuk menggabungkan manfaat kesihatan dan alam sekitar antara kenderaan tidak bermotor dan kenderaan bermotor.
Berbanding dengan lain-lain bentuk pengangkutan, basikal merupakan antara mod pengangkutan yang paling efisien untuk pergerakan manusia.

Sebagai contoh untuk perjalanan satu kilometer dengan basikal hanya memerlukan kira-kira 5 hingga15 watt/jam tenaga, manakala pada jarak yang sama kira-kira 15 hingga 20 watt/jam diperlukan dengan berjalan kaki, 30-40 watt/jam dengan kereta api, dan lebih daripada 400 watt/jam dengan kereta yang digunakan secara bersendirian (De Vries et al. 2006).

Basikal elektrik adalah sangat cekap dan mengeluarkan hampir sifar pelepasan dari sudut penggunaan. Selain itu, antara manfaat terbesar basikal elektrik adalah kerana ia dapat meningkatkan mobiliti iaitu mampu diakses di kawasan bandar dalam apa jua keadaan.

Jika dibandingkan dengan bas, tahap mobiliti bas adalah sangat rendah terutama untuk perjalanan dalam jarak dekat di mana kebanyakan masa perjalanan dibazirkan untuk menunggu di perhentian bas.

Selanjutnya, basikal elektrik juga menyediakan kos mobiliti peribadi yang sangat berpatutan berbanding mana-mana mod pengangkutan yang lain. Kelebihan ini menawarkan lebih banyak peluang pergerakan kepada individu berpendapatan rendah di bandar.

Walaupun pergerakan menggunakan basikal elektrik ini mungkin membawa kepada masa perjalanan yang lebih panjang, namun kerana fleksibiliti dan pengasingan mereka dari lorong lalu lintas yang sesak ia mampu memberi prestasi yang lebih baik (Cherry 2007).


Rujukan

Cherry, C. R.   2007.   Electric Two-Wheelers in China: Analysis of Environmental, Safety, and Mobility Impacts.   Tesis   University of California.
De Vries, I., Jenman, D., Claassens, C., Claassen, N., Mugemangango, P., Shai, L., Mcgaw, L., Eloff, J., Tumwine, W. & Lor, P. J.   2006.   The Potential of Electric Bicycles to Provide Low Cost Transport, Mobility and Economic Empowerment in South Africa.  Proceedings of the 25th Southern African Transport Conference (SATC 2006), hlm. 13.


No comments:

Post a Comment

SPEDA Power By

SPEDA Power By