Pembangunan berorientasikan transit (TOD) adalah satu istilah yang
merangkumi proses yang bertumpu kepada pembangunan perumahan, pekerjaan, laman
aktiviti dan perkhidmatan awam di sekitar stesen kereta api atau transit yang
sedia ada atau yang baru dibina.
Stesen ini menyediakan kualiti perkhidmatan dan kekerapan perjalanan
yang tinggi serta perkhidmatan rel antara bandar yang cekap (Cervero 1998; Curtis et al. 2009). Lokasi stesen harus menyokong pembangunan guna tanah pintar, manakala
pembangunan harus membantu untuk meningkatkan bilangan penumpang transit,
pejalan kaki dan perjalanan basikal dan alternatif lain untuk menggantikan
penggunaan kereta persendirian (Cervero&Murakami 2009).
Sementara, parkir biasanya terhad dan potensi untuk multi-modal
meningkat (Knowles 2012). Selain itu, TOD juga direka untuk mewujudkan bentuk bandar yang
ketumpatan yang tinggi, padat dan bercampur (Loo et al. 2010). Selanjutnya, menurut (Ratner&Goetz 2010) TOD yang berjaya dan
mencapai matlamat biasanya memenuhi aspek-aspek berikut:
Lokasi
yang efisien iaitu penempatan yang mementingkan
perumahan, pekerjaan, kegunaan sivik, terdapat pusat membeli-belah, hiburan,
taman dan kemudahan-kemudahan lain berhampiran dengan stesen transit untuk
menggalakkan aktiviti berjalan, berbasikal dan penggunaan transit.
Guna
tanah bercampur yang kaya dengan pelbagai pilihan
perumahan, pekerjaan dan pusat membeli belah.
Stesen
transit sebagai ‘portal’ atau titik masuk kepada rangkaian transit
serantau dan sebahagian daripada ekonomi metropolitan yang terdiri daripada
pekerjaan, kediaman, kebudayaan, rekreasi dan pusat membeli-belah.
Rujukan
Cervero, R.
1998. The Transit Metropolis: A Global Inquiry. Island press.
Cervero, R. & Murakami, J. 2009.
Rail and Property Development in Hong Kong: Experiences and
Extensions. Urban Studies 46(10):
2019-2043.
Curtis, C., Renne, J. L. & Bertolini, L. 2009.
Transit Oriented Development:
Making It Happen. Ashgate Publishing Company.
Knowles, R. D.
2012. Transit Oriented
Development in Copenhagen, Denmark: From the Finger Plan to Ørestad. Journal
of Transport Geography
Loo, B. P. Y., Chen, C. & Chan, E. T. H. 2010.
Rail-Based Transit-Oriented Development: Lessons from New York City and
Hong Kong. Landscape and Urban Planning
97(3): 202-212.
Ratner, K. A. & Goetz, A. R. 2010.
The Reshaping of Land Use and Urban Form in Denver through Transit-Oriented
Development. National Center for
Intermodal Transportation.
No comments:
Post a Comment