Kebimbangan mengenai
isu-isu alam sekitar yang berkaitan dengan kenderaan pengangkutan barang kini
semakin meningkat. Kebimbangan ini turut melibatkan keselamatan dan ancaman
terhadap kesihatan yang di timbulkan oleh kenderaan pengangkutan barang
walaupun terdapat permintaan yang lebih tinggi
terhadap tahap perkhidmatan untuk penghantaran komoditi (Taniguchi et al. 2012).
Untuk itu, satu sistem
pengangkutan muatan yang cekap dan berkesan dari segi kos logistik dengan
pertimbangan penuh dengan isu-isu alam sekitar termasuk bunyi bising,
pencemaran udara, getaran dan pencerobohan visual amat diperlukan. Dalam
pengertian itu, idea bandar logistik
telah dicadangkan untuk mewujudkan sistem logistik bandar yang cekap dan
mesra alam (Taniguchi et al. 2006).
Pusat bandar pengedaran
dan logistik berperanan menyediakan kerjasama penghantaran barangan setempat
yang sering menggunakan bahan api bersih. Bandar Tokyo telah memulakan operasi
pusat pengedaran awam ini sejak tahun 1960-an lagi. Pada tahun 1990-an,
beberapa bandar di Eropah telah menjalankan eksperimen berhubung pusat
pengedaran barangan ini.
Walau bagaimanapun,
banyak projek tersebut hanya berjaya sekerat jalan, namun terdapat beberapa
projek yang masih kekal. Kesan positif yang paling ketara berhubung program ini
adalah seperti yang berlaku di Bremen, Jerman. Di sana, perjalanan trak ke
bandar telah berkurang sebanyak 70%. Manakala program Feiburg telah
mengurangkan perjalanan trak sebanyak 33% dan masa operasi trak sebanyak 48% (Goldman&Gorham 2006).
Rujukan
Goldman, T. & Gorham, R. 2006.
Sustainable Urban Transport: Four Innovative Directions. Technology
in society 28(1): 261-273.
Taniguchi, E., Thompson, R. G. & Yamada, T. 2006.
Data Collection for Modelling, Evaluating and Benchmarking City
Logistics Schemes. Recent Advances in City Logistics. Elsevier, Amsterdam 1-14.
Taniguchi, E., Thompson, R. G. &
Yamada, T. 2012. Emerging Techniques for Enhancing the
Practical Application of City Logistics Models.
Procedia-Social and Behavioral
Sciences 39(3-18.
No comments:
Post a Comment