Kelajuan adalah penyebab tunggal yang paling
serius dalam bilangan kematian trafik (Elvik 2005). Selain itu, risiko kemalangan maut
meningkat akibat peningkatan kelajuan (Nilsson 2004). Pendekatan penguatkuasaan lalu lintas
secara tradisional memerlukan komitmen polis dan sistem kehakiman yang tinggi.
Di samping itu, tindakan penguatkuasaan lalu
lintas di jalan raya yang sibuk memburukkan lagi keadaan (Goldman&Gorham 2006). Untuk itu, kebanyakan kota di seluruh dunia
beralih kepada penguatkuasaan berasaskan kamera.
Penguatkuasaan trafik berasaskan sistem kamera adalah
terdiri daripada kamera dan alat pemantauan kenderaan yang digunakan untuk
mengesan dan mengenal pasti kenderaan yang melanggar had kelajuan atau
kesalahan jalan raya yang lain secara automatik melalui nombor plat lesen,
manakala saman akan dihantar melalui pos (Qi 2008).
Di Malaysia, bentuk penguatkuasaan ini dikenali sebagai
Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) (Jpj 2012). Menurut (Jpj 2012) AES mampu mengubah
sikap, tingkah laku dan budaya pemanduan melalui penguatkuasaan 24 jam, tidak
bermusim dan tiada campur tangan manusia.
Selain itu, AES juga meningkatkan tahap perception
of being caught (POBC) di kalangan pengguna jalan raya dan merupakan
penyelesaian kepada kos rawatan dan pemulihan kawasan sering berlaku kemalangan
yang jumlahnya lebih 800 (blackspot) di seluruh negara yang amat tinggi
dan memakan masa yang lama. Antara kelebihan AES ialah:
· Sistem penguatkuasaan yang selamat, kerahsiaan, integriti dan kesediaan
(24 jam). Mampu beroperasi 24 X 7 X 360 siang dan malam dalam semua keadaan
cuaca.
· Tanpa campur tangan manusia. Ini akan meningkatkan integriti
penguatkuasaan (tidak bermusim, tiada interaktif dengan pesalah dan unsur
rasuah di tepi jalan).
· Mampu mengesan kesalahan yang dilakukan oleh kenderaan persendirian,
komersial dan kenderaan pengangkutan awam.
· Tentusah ukur (calibration) bagi setiap peralatan pengesanan dan
perakam imej kesalahan dibuat mengikut Akta pengukuran Kebangsaan 2007 agar
kesalahan menjadi kes prima facie.
· Penghantaran data/gambar sukar diceroboh (encryption) kerana
dihantar secara automatik setelah kesalahan dikesan.
· AES secara langsung menjadi pencetus bagi tujuan mengajar/membentuk
pemandu agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas jalan.
· Struktur sistem direka bentuk agar tindakan undang-undang tidak boleh
disangkal atau dipertikai di mahkamah oleh pesalah. Memudahkan proses
pendakwaan melalui penyediaan bahan bukti yang boleh diterima mahkamah (Control
Centre di link ke semua Mahkamah Trafik melalui IT).
· Tidak akan menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Rujukan
Elvik, R. 2005.
Speed and Road Safety: Synthesis of Evidence from Evaluation
Studies. Transportation Research Record: Journal of the Transportation Research
Board 1908(-1): 59-69.
Goldman, T. & Gorham, R.
2006. Sustainable Urban
Transport: Four Innovative Directions. Technology in society 28(1): 261-273.
Jpj. 2012. Automatic Enforcement System (Aes). http://www.jpj.gov.my/aes-system [7 February 2013].
Nilsson, G. 2004.
Traffic Safety Dimensions and the
Power Model to Describe the Effect of Speed on Safety. Lund Institute of
Technology, Lund,
Sweden.
Qi, L.
2008. Research on Intelligent
Transportation System Technologies and Applications. Power
Electronics and Intelligent Transportation System, 2008. PEITS'08. Workshop on,
hlm. 529-531.
No comments:
Post a Comment