Perumahan bebas
kereta sering dinamakan sebagai contoh kepada kemapanan (Ornetzeder et al. 2008). Projek perumahan bebas kereta dilihat sebagai satu cara
untuk mengalihkan penggunaan kereta yang kerap kepada bandar pejalan kaki
dengan lebih banyak ruang rekreasi awam (Glotz-Richter 1995; Scheurer 2001).
Strategi ini juga
adalah sebahagian besar daripada pergerakan mempromosikan zon pejalan kaki, zon
rumah (Barrell&Whitehouse 2004), perkongsian kereta (Cervero 2003; Loose et al. 2006), dan peralihan daripada pengangkutan konvensional ke
arah mod pengangkutan yang lebih mapan (Wright&Curtis 2005; Zacharias 2003).
Sementara, menurut
(Goldman&Gorham 2006) sesetengah bandar telah menawarkan beberapa insentif
kepada pemaju perumahan untuk membina kawasan perumahan yang menyediakan parkir
kereta yang terhad dan kemudahan hab transit pengangkutan awam. Namun, pembeli atau
penyewa yang tinggal di kawasan tersebut disyaratkan untuk tidak membawa
kenderaan.
Untuk menambah
keselesaan dan kemudahan, pihak pemaju turut menyediakan perkhidmatan kongsi
kereta kepada penghuni perumahan. Konsep ini mampu mengurangkan masalah
kesesakan serta masalah kenderaan yang parkir di tepi-tepi jalan. Kunci utama
model perumahan ini adalah perkhidmatan hab transit pengangkutan awam yang
cekap dan mencukupi.
Rujukan
Barrell, J. & Whitehouse,
J. 2004. Home Zones: An Evolving Approach to
Community Streets. Proceedings of the Institution of Civil Engineers. Municipal engineer,
hlm. 257-265.
Cervero, R.
2003. City Carshare: First-Year
Travel Demand Impacts. Transportation Research Record: Journal of
the Transportation Research Board
1839(-1): 159-166.
Glotz-Richter, M.
1995. Living without a Car. World
Transport Policy and Practice 1(1):
45-47.
Goldman, T. & Gorham, R.
2006. Sustainable Urban
Transport: Four Innovative Directions. Technology in society 28(1): 261-273.
Loose, W., Mohr, M. & Nobis, C. 2006.
Assessment of the Future Development of Car Sharing in Germany and
Related Opportunities. Transport Reviews 26(3): 365-382.
Ornetzeder, M., Hertwich, E. G., Hubacek, K., Korytarova, K.
& Haas, W. 2008. The Environmental Effect of Car-Free
Housing: A Case in Vienna. Ecological Economics 65(3): 516-530.
Scheurer, J.
2001. Urban Ecology, Innovations
in Housing Policy and the Future of Cities: Towards Sustainability in
Neighbourhood Communities. Tesis Murdoch University.
Wright, C. & Curtis, B.
2005. Reshaping the Motor
Car. Transport
Policy 12(1): 11-22.
Zacharias, J. 2003.
The Search for Sustainable Transport in a Developing City: The Case of
Tianjin. International Development Planning Review 25(3): 283-299.
No comments:
Post a Comment