SALAM

KATA HIKMAH

KATA HIKMAH

MENU

Tuesday, 11 June 2013

: : Rangkaian Jalan Bersambung : :


Rangkaian jalan bersambung (connectivity) merujuk kepada ketumpatan penghubungan di laluan atau rangkaian jalan raya dan kelangsungan pautan. Kebiasaannya satu rangkaian jalan yang bersambung mempunyai banyak persimpangan dan minimum jalan mati.

Oleh sebab wujud peningkatan rangkaian jalan yang bersambung, justeru ia akan membawa kesan kepada penurunan jarak perjalanan, peningkatan pilihan laluan serta mewujudkan sistem yang lebih mudah capai dan berdaya tahan. Rangkaian jalan bersambung juga boleh diwujudkan baik bagi kawasan dalaman mahupun luaran.

Halangan semula jadi kepada rangkaian jalan yang bersambung seperti sungai, lebuh raya utama yang dikenali sebagai kesan halangan atau pemutusan akan mewujudkan halangan untuk mengarahkan perjalanan tempatan, terutamanya untuk perjalanan tidak bermotor.


Namun, pelbagai strategi reka bentuk boleh membantu meningkatkan hubungan rangkaian bagi merentasi halangan tersebut, termasuklah pembinaan jambatan khas dan mewujudkan pedway iaitu laluan pejalan kaki yang menghubungkan bangunan pusat komersil dan terminal pengangkutan (Savvides 2005).

Rujukan

Savvides, A. L.   2005.   Bridging the Urban Arterial the Premium for Reconnecting the Urban Fabric,.    Transportation Research Board Annual Meeting.



No comments:

Post a Comment

SPEDA Power By

SPEDA Power By