SALAM

KATA HIKMAH

KATA HIKMAH

MENU

Wednesday 20 March 2013

: : Definisi Pembangunan Mapan : :


                       
Ramai penyelidik telah bersetuju bahawa definisi pembangunan mapan adalah dipelopori oleh World Commision on Environment and Development (WCED) pada tahun 1987 yang juga dikenali sebagai Laporan Brundtland. Pandangan ini dikongsi oleh (Goldman&Gorham 2006; Litman&Burwell 2006; Nor. 2004; Redclift 2005; Santos et al. 2010; Zuidgeest 2005) dan ramai lagi.


Dalam laporan tersebut pembangunan mapan telah diistilahkan sebagai “pembangunan yang memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka sendiri” (Brundtland 1987)

Namun terdapat masih banyak lagi definisi berhubung kemapanan dan pembangunan mapan yang lain sebagaimana yang ditunjukkan oleh Jadual 1.

Kadang kala perkataan ‘pembangunan mapan’ ini dicanang secara berlebihan. Lebih buruk lagi, kata-kata ini telah digunakan oleh beberapa organisasi dan kerajaan untuk mewajarkan segala-galanya sebagai contoh penggunaan kuasa nuklear untuk makanan genetik, berdasarkan rasionalisasi bahawa aktiviti ini memacu ke arah kemapanan.

Namun, dengan memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang makna terma ini, kita dapat menebus kepentingan besar menerusinya sebagai konsep untuk memperbaiki masyarakat dan kehidupan rakyat (Hallsmith 2003).

Jadual 1. Definisi pembangunan mapan

Bil
Definisi
Sumber
1
Pembangunan mapan adalah pembangunan yang memenuhi keperluan generasi sekarang tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka sendiri
(Brundtland 1987)
2
Kemapanan adalah ekuiti dan keharmonian yang dilanjutkan ke masa hadapan, perjalanan berhati-hati tanpa titik akhir, berusaha berterusan untuk mencapai evolusi bersama matlamat alam sekitar, ekonomi dan sosio-budaya dengan harmoni
(Mega&Pedersen 1998)
3
Komuniti mapan adalah salah satu komuniti yang memiliki ekonomi, alam sekitar dan sosial yang sihat dan berdaya tahan. Ia memenuhi cabaran melalui penyelesaian yang bersepadu dan bukan melalui pendekatan yang berpecah-pecah yang memenuhi salah satu matlamat di atas kos perbelanjaan yang lain. Ia turut mengambil satu perspektif jangka panjang dengan memberi tumpuan kepada generasi kini dan akan datang, baik melangkaui bajet akan datang mahupun kitaran pilihan raya
ISC (1997)
4
“..Kemapanan bukanlah analisis ancaman, sebaliknya kemapanan merupakan sistem analisis, khusus tentang bagaimana sistem alam sekitar, ekonomi dan sosial berinteraksi untuk faedah atau kelemahan bersama pada pelbagai operasi skala berasaskan ruang’.
(Transportation&Environment 1997)



Rujukan

Brundtland, G. H. 1987. Our Common Future: The World Commission on Environment and Development, Oxford: Oxford University Press.
Goldman, T. & Gorham, R.   2006.   Sustainable Urban Transport: Four Innovative Directions.  Technology in society  28(1): 261-273.
Hallsmith, G.   2003.    The Key to Sustainable Cities: Meeting Human Needs, Transforming Community Systems. New Society Publishers.
Litman, T. & Burwell, D.   2006.   Issues in Sustainable Transportation.  International Journal of Global Environmental Issues  6(4): 331-347.
Mega, V. & Pedersen, J.   1998.    Urban Sustainability Indicators. Office for Official Publications of the European Communutics.
Nor., A. R. M.   2004.    Guaranteeing Sustainability of Putrajaya : A New Approach in Urban Planning with Special Reference to Public Transport Empowerment.
Redclift, M.   2005.   Sustainable Development (1987–2005): An Oxymoron Comes of Age.  Sustainable Development  13(4): 212-227.
Santos, G., Behrendt, H. & Teytelboym, A.   2010.   Part Ii: Policy Instruments for Sustainable Road Transport.  Research in Transportation Economics  28(1): 46-91.
Transportation, N. R. C. T. R. B. C. F. a. S. O. & Environment, S.   1997.    Toward a Sustainable Future: Addressing the Long-Term Effects of Motor Vehicle Transportation on Climate and Ecology. Natl Academy Pr.
Zuidgeest, M. H. P.   2005.    Sustainable Urban Transport Development: A Dynamic Optimisation Approach. University of Twente.


No comments:

Post a Comment

SPEDA Power By

SPEDA Power By