SALAM

KATA HIKMAH

KATA HIKMAH

MENU

Wednesday 12 June 2013

: : Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) : :


Masa depan pengangkutan tidak lagi bergantung semata-mata kepada pendekatan tradisional seperti konkrit dan keluli, tetapi juga semakin dalam menggunakan teknologi maklumat (IT). IT membolehkan elemen sistem pengangkutan lebih efektif dengan memperkasa sistem untuk berkomunikasi antara satu sama lain melalui teknologi tanpa wayar.





Selain itu, sistem pengangkutan tidak hanya terbatas kepada tujuan memindahkan orang atau objek, tetapi juga untuk merealisasikan pemindahan perkhidmatan dan maklumat (He et al. 2010). Dalam dunia maju, ITS membawa peningkatan yang ketara dalam prestasi sistem pengangkutan, termasuk mengurangkan kesesakan, menjana keselamatan sosial seta memberi manfaat kepada kepesatan ekonomi (Cheng et al. 2012; Marell&Westin 1999) dan memudahkan perjalanan (Atkinson et al. 2010; He et al. 2010).

Memaksimumkan penggunaan ITS juga mampu mengurangkan keperluan untuk membina kapasiti lebuh raya tambahan. Sebagai contoh (Atkinson et al. 2010; He et al. 2010) memaksimumkan fungsi lampu isyarat lalu lintas di Amerika Syarikat mampu memperbaiki aliran trafik dengan ketara, iaitu dapat mengurangkan masa kenderaan berhenti sebanyak 40%, mengurangkan masa perjalanan sebanyak 25%, mengurangkan penggunaan gas sehingga 10% (pengurangan 1.1 juta gelen gas setahun), serta boleh mengurangkan pelepasan gas sebanyak 22% (kira-kira 9600 tan CO2 dikurangkan setahun).

Sementara itu, menurut kajian (Marell&Westin 1999) penggunaan peranti elektronik untuk mengawal kelajuan pada kenderaan menjadikan pemandu lebih sedar akan peraturan trafik dan berkelakuan selaras dengan peraturan-peraturan keselamatan. 

Rujukan

Atkinson, R., Belcher, S., Khaliq, R. & Executive, G. B.   2010.   Explaining International It Application Leadership: Intelligent Transportation Systems.  
Cheng, H.-Y., Gau, V., Huang, C.-W. & Hwang, J.-N.   2012.   Advanced Formation and Delivery of Traffic Information in Intelligent Transportation Systems.  Expert Systems with Applications  39(9): 8356-8368.
He, J., Zeng, Z. & Li, Z.   2010.   Benefit Evaluation Framework of Intelligent Transportation Systems.  Journal of Transportation Systems Engineering and Information Technology  10(1): 81-87.
Marell, A. & Westin, K.   1999.   Intelligent Transportation System and Traffic Safety – Drivers Perception and Acceptance of Electronic Speed Checkers.  Transportation Research Part C: Emerging Technologies  7(2–3): 131-147.

No comments:

Post a Comment

SPEDA Power By

SPEDA Power By