SALAM

KATA HIKMAH

KATA HIKMAH

MENU

Wednesday 12 June 2013

: : Standard Ekonomi Bahan Api : :


Standard ekonomi bahan api automobil adalah keperluan minimum untuk prestasi tenaga kenderaan bermotor. Setiap pengeluar mestilah memenuhi standard ini supaya sah di sisi undang-undang sebelum menjual di pasaran. Standard ini menjadi salah satu alat yang paling berkesan dalam mengawal permintaan minyak dan pelepasan gas rumah hijau (GHG) daripada sektor pengangkutan di kebanyakan negara seluruh dunia.


Telah banyak negara maju yang mewujudkan standard ekonomi bahan api atau pelepasan GHG ini. Contoh terbaik pelaksanaan standard ini adalah Amerika Syarikat menerusi standard Purata Korporat Ekonomi Bahan Api (CAFE). CAFE diwujudkan bertujuan untuk meningkatkan purata ekonomi bahan api kereta dan trak ringan serta membantu mengurangkan pergantungan terhadap minyak luar.



CAFE telah berjaya meningkatkan standard kecekapan bahan api dari semasa ke semasa. CAFE bermula pada 18 mpg pada tahun 1978 dan kekal tidak berubah pada 27.8 mpg pada tahun 1978 dan kekal tidak berubah pada 27.8 mpg pada tahun 1989 sehingga awal tahun 2009. Ketika ini, pelaksanaan standard CAFE ke atas kenderaan penumpang telah menjimatkan 55 bilion gelen bahan api setiap tahun di Amerika (Ong et al. 2011).

Kajian mendapati bahawa pelaksanaan standard ekonomi bahan api untuk kenderaan bermotor di Malaysia akan menjimatkan sejumlah besar bahan api dan mengurangkan pelepasan pencemaran. Andai pelaksanaan piawaian ekonomi bahan api untuk kereta penumpang dilaksanakan pada tahun 2010, ia mampu menjimatkan sehingga 15 gelen bahan api menjelang akhir tahun 2018 dan potensi pengurangan CO2 sebanyak 35.8 juta tan dalam tempoh yang sama (Aizura et al. 2010).


Rujukan

Aizura, A., Mahlia, T. M. I. & Masjuki, H.   2010.   Potential Fuel Savings and Emissions Reduction from Fuel Economy Standards Implementation for Motor-Vehicles.  Clean Technologies and Environmental Policy  12(3): 255-263.
Ong, H., Mahlia, T. & Masjuki, H.   2011.   A Review on Energy Pattern and Policy for Transportation Sector in Malaysia.  Renewable and Sustainable Energy Reviews 



No comments:

Post a Comment

SPEDA Power By

SPEDA Power By