SALAM

KATA HIKMAH

KATA HIKMAH

MENU

Saturday 2 November 2013

: : Fungsi Khas Bas : :

Fungsi Khas Bas


Walaupun bas secara umumnya digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan awam harian, namun terdapat pelbagai lagi fungsi bas yang digunakan sebagai medium pengangkutan. Berikut merupakan pelbagai jenis perkhidmatan bas yang tidak digunakan dalam transit umum:

Bas Sekolah



Bas sekolah adalah sejenis bas yang direka khas dan dihasilkan untuk pengangkutan pelajar; iaitu dengan membawa pelajar ke sekolah harian dan acara sekolah.

Bas Persiaran


Direka untuk membawa pelancong dan membenarkan penglihatan yang baik terhadap persekitaran di sekeliling. Selain itu, kenderaan yang direka khas dengan dua dek adalah sangat popular untuk tujuan ini.


Bas Jarak Jauh

Digunakan untuk memberikan perkhidmatan kepada pengguna antara bandar-bandar utama pada jarak yang jauh. Disebabkan jarak yang jauh ini, tahap keselesaan yang perlu disediakan oleh bas perlulah munasabah. Selain itu, bas sebegini biasanya dilengkapi dengan kemudahan tandas, kerusi yang besar dan selesa, petak bagasi yang besar, televisi dan lain-lain kemudahan.

Bas Swasta (Pekerja)


Digunakan untuk pengangkutan pekerja, akses ke lapangan terbang, pelanggan kereta sewa, dan lain-lain. Bas yang sering digunakan adalah bas mini.

Bas Unit Khas


Digunakan untuk perjalanan mewah oleh individu atau kumpulan sebagai ruang pameran, seperti bilik persalinan untuk penghibur, dan fungsi-fungsi lain yang mungkin. Bas ini turut dikenali dengan koc mewah. Kadang kala ia lebih dirujuk sebagai limousin dan bukan bas.

Bas Special

Terdapat pelbagai kegunaan yang tidak terhad seperti bas lain yang boleh didapati di seluruh dunia. Sebagai contoh, terdapat bas persiaran amfibia di Ottawa, Kanada, yang boleh membawa pelanggan di sepanjang jalan awam dan juga jalan air. Ruang istirahat mudah alih yang boleh menyesuaikan ketinggian mereka untuk dipadankan dengan ketinggian lantai terminal lapangan terbang dan pesawat. Bas yang direka khas untuk tujuan dan peranan tertentu.


Rujukan


No comments:

Post a Comment

SPEDA Power By

SPEDA Power By