SALAM

KATA HIKMAH

KATA HIKMAH

MENU

Friday 1 November 2013

: : Bas : :

Bas

Umum telah mengetahui bahawa bas merupakan nadi kepada dunia transit. Sehingga ke saat ini, masih lagi terdapat banyak tempat di bandar-bandar seluruh dunia hari ini yang menjadikan bas satu-satunya mod perkhidmatan transit awam yang ditawarkan. Selain itu penulis buku ..berpendapat bahawa tidak ada kota yang mempunyai perkhidmatan transit beroperasi tanpa komponen bas.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa bas menyediakan perkhidmatan asas pengangkutan di kebanyakan tempat. Bas mampu membawa beban penumpang yang besar dan menawarkan perkhidmatan yang cekap dan lancar sekiranya diberi perhatian sepenuhnya. Tidak ada kejuruteraan maju atau kemahiran khas yang diperlukan untuk menjalankan perkhidmatan bas dan ia adalah cukup ekonomi.

Bas merupakan sebuah kenderaan yang menampung ramai penumpang, yang dipandu oleh seorang pemandu, lazimnya menggunakan enjin diesel dan bertayar getah. Namun kini sudah terdapat bas yang menggunakan enjin biodesel dan hibrid.

Bas dikendalikan di jalan raya awam bersama-sama dengan pelbagai jenis mod trafik yang lain. Bas beroperasi melalui laluan tetap dan mengikut jadual yang telah disediakan. Sesetengah tempat, bas mempunyai laluan khas (right-of-way), manakala yang lainnya berkongsi dengan mod pengangkutan yang lain. Penumpang lazimnya dikenakan tambang untuk mendapatkan perkhidmatan bas.

Secara umumnya, perkhidmatan bas awam boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama. Pertama, perkhidmatan bas rapid transit (BRT) untuk kapasiti penumpang yang tinggi, perkhidmatan bas awam, untuk kapasiti sederhana manakala bas bandar atau bas mini, untuk kapasiti rendah. Bagi bandar yang memiliki perkhidmatan pengangkutan awam berasakan rel, namun perkhidmatan tersebut tidak mampu untuk akses ke kawasan tertentu, bas bandar merupakan alternatif kepada kekangan tersebut.

Salah satu ciri yang menarik dan berguna bagi bas adalah keupayaannya untuk bertindak balas terhadap perbezaan dalam keperluan perkhidmatan, yang tidak terhad kepada saiz dan kapasiti muatan sahaja.

Jenis-jenis bas

Bas Mini


Ciri-ciri utama yang membezakan bas mini berbanding dengan bas yang lain adalah keupayaan penumpang untuk bergerak di dalam bas dengan berdiri. Walaupun dimensi luaran adalah kecil kerana namun ia masih boleh mengekalkan rupa bas biasa, ciri-ciri lain kebanyakan sama dengan kenderaan-kenderaan yang lain. Bas mini boleh digunakan untuk kegunaan perkhidmatan pengangkutan awam (dengan bayaran tambang) atau dalam operasi berjadual. Enjin petrol mungkin akan digunakan, tetapi enjin diesel menjadi perkara biasa untuk kelas ini juga.

Bas Saiz Sederhana (midsize)


Mereka kadang-kadang dikenali sebagai bas 30 atau 35-kaki, merujuk kepada panjang mereka. Kerana mereka mempunyai kurang kerusi daripada bas biasa, kenderaan-kenderaan ini adalah sesuai di laluan dengan beban penumpang yang lebih rendah di mana operasi yang kerap adalah wajar. Kapasiti purata boleh diandaikan 40 penumpang. Bas midsize tidaklah begitu popular di kalangan agensi-agensi transit kerana mereka merumitkan komposisi armada, namun persepsi ini boleh berubah-ubah. Bas midsize adalah sama seperti bas bersaiz besar yang lain iaitu secara eksklusifnya menggunakan enjin diesel.

Bas Standard




Ini adalah jenis yang paling biasa setakat ini yang digunakan secara meluas di seluruh dunia. Di Amerika Utara, panjang bas ini lazimnya adalah 40-kaki. Ia memiliki dua atau tiga pintu yang berbeza-beza kelebaran di sepanjang sisi. Tempat duduk belakang lebih rendah manakala tempat bagasi adalah tidak dianggap sebagai faktor. Sementara penumpang boleh bergerak di dalam kenderaan. Ruang untuk pengiklanan juga terdapat di dalam bas. Nisbah antara penumpang duduk dan berdiri boleh diubah dengan susun atur dalaman kenderaan yang berlainan. (Penumpang yang berdiri mengambil kurang ruang lantai.) Keupayaan kapasiti penumpang biasanya adalah 60 hingga 75 orang, walaupun 100 orang boleh dikerah masuk.

Bas Express (Jarak Jauh)




Bas ini dicipta untuk perjalanan antara bandar yang melibatkan perjalanan yang jauh. Kenderaan ini  hanya mempunyai pintu tunggal dan menyediakan kemudahan yang selesa untuk perjalanan yang agak panjang, biasanya pada tambang premium, dan tiada tiang pemegang (tidak ada kemudahan untuk penumpang yang berdiri). Selain itu, kemudahan tempat duduk adalah seperti kerusi rehat yang mempunyai tempat bersandar di belakang yang tinggi. Tandas, kemudahan untuk minuman, televisyen, telefon, dan kemudahan lain lazimnya disediakan. Perjalanan akan berada dalam mod Express, dengan mengadakan beberapa hentian. Rak bagasi disediakan di atas bas.

Bas Dek-Berkembar (Double Decker)


Bas dek berkembar ini direka bentuk bagi memaksimumkan jumlah penumpang dalam sebuah kenderaan iaitu dengan mempunyai dua dek. Namun, bas jenis ini memiliki beberapa kekurangan seperti kelegaan pada laluan di dalam bas, bumbung dek atas yang rendah bagi penumpang yang berada di bawah dan keselamatan penumpang di tangga. Walau bagaimanapun, dua dek tidak mempunyai masalah dengan kestabilan kerana mereka telah sengaja direka dengan pusat graviti yang rendah.

Bas Bersendi (Articulated bus)


Bas bersendi adalah sebuah kenderaan yang bersendi yang digunakan dalam pengangkutan awam. Bas ini biasanya di reka bentuk dengan dek tunggal, dan terdiri daripada dua bahagian gerabak yang dihubungkan oleh sendi yang berputar. Sendi ini berfungsi untuk membolehkan bas yang panjang membelok dengan selamat, manakala susunan bas yang panjang ini pula membolehkan kapasiti penumpang yang lebih tinggi dan pada masa yang sama masih membenarkan bas untuk bergerak secukupnya di jalan raya awam.


Namun harus diingat, sekiranya terdapat jumlah kemasukan penumpang yang lebih tinggi berbanding bas bandar biasa, kelajuan keseluruhan perjalanan bas bersendi mungkin lebih rendah kerana bilangan yang lebih besar daripada penumpang perlu ditempatkan di kebanyakan perhentian stesen bas. Dengan itu ia akan melambatkan pergerakan bas. Walau bagaimanapun jika bas bersendi dimanfaatkan untuk sistem BRT, masalah ini dapat diatasi kerana stesen perhentian telah ditetapkan untuk para penumpang.

Bas Traktor


Bas jenis ini boleh terdiri daripada satu atau dua dek penumpang. Konsep bas ini adalah sama dengan lori muatan kargo di mana dek disambungkan dengan kepala kargo. Kenderaan seperti itu jarang dilihat, kebanyakannya terdapat di India.

No comments:

Post a Comment

SPEDA Power By

SPEDA Power By