SALAM

KATA HIKMAH

KATA HIKMAH

MENU

Thursday 10 October 2013

: : Kemalangan Jalan Raya : :

Kemalangan Jalan Raya


Kemalangan jalan raya adalah suatu masalah yang sangat meruncing, ia mencetuskan beratus-ratus ribu kematian, mengakibatkan berjuta-juta kecederaan dan menelan beratus-ratus bilion dolar dalam kos ekonomi tahunan (Litman 2009; Miller et al. 1991; Peden et al. 2004; Vyrostek et al. 2004). Sementara itu, bagi generasi muda, kemalangan lalu lintas adalah punca tunggal terbesar kematian dan ketidakupayaan atau kecacatan (Briggs et al. 2005; Litman&Fitzroy 2009).

Di Malaysia kecederaan dan kematian akibat kemalangan jalan raya juga merupakan suatu ancaman dan kebimbangan yang kian meningkat, dengan lebih daripada 6000 terbunuh manakala lebih 25000 direkodkan mengalami kecederaan setiap tahun semenjak lima tahun kebelakangan ini (Abdul Manan&Várhelyi 2012). Situasi mencemaskan ini tidak menunjukkan berlakunya sebarang tanda-tanda penurunan untuk tahun-tahun mendatang.

Menurut (Riduan 2012) pada tahun 2009, jalan raya Malaysia telah disenaraikan di kalangan 33 negara yang menyumbang kepada kematian yang tertinggi. Jalan raya Malaysia mencatatkan 23.8 kematian bagi setiap 100000 populasi berbanding dengan jalan raya Britain antara yang paling selamat di dunia dengan kadar kematian hanya 3.8. Kadar ini adalah 6.3 kali lebih tinggi berbanding dengan negara-negara maju yang lain seperti United Kingdom, Sweden dan Belanda.

Malah Malaysia mendahului Thailand dengan 19.6, Indonesia 7.1, Filipina 4.8 dan Singapura 1.3 kematian, masing-masing bagi setiap 100000 orang penduduk. Sebaliknya Malaysia duduk bersama-sama dengan Argentina dan Kemboja dalam senarai kematian yang meningkat sebanyak 12% dari tahun 2000 sehingga 2009, walaupun trend menunjukkan berlakunya penurunan di kalangan 30 negara-negara lain.

Sebagai bukti (Abdul Manan&Várhelyi 2012) telah membandingkan statistik kemalangan di Malaysia dengan salah sebuah negara maju iaitu Sweden, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Ia mengesahkan bahawa jalan raya Malaysia menghasilkan sepuluh kali ganda lebih berisiko berbanding dengan jalan raya Sweden.

Jadual 1. Perbandingan kemalangan jalan raya Malaysia & Sweden


Secara purata, jalan raya Malaysia menyumbang sekitar 6323 kematian setiap tahun dari tahun 2000 hingga 2009 dengan kerugian kira-kira RM9 bilion setiap tahun. Pada tahun 2009 sahaja jumlah kematian akibat kemalangan di catatkan sebanyak 6640 atau 18.2 kematian setiap hari. Ini bermakna setiap 1 jam 20 minit satu pengguna jalan raya di Malaysia akan mati (Riduan 2012).

Rujukan

Abdul Manan, M. M. & Várhelyi, A.   2012.   Motorcycle Fatalities in Malaysia.  IATSS Research 
Briggs, N. C., Levine, R. S., Haliburton, W. P., Schlundt, D. G., Goldzweig, I. & Warren, R. C.   2005.   The Fatality Analysis Reporting System as a Tool for Investigating Racial and Ethnic Determinants of Motor Vehicle Crash Fatalities.  Accident Analysis & Prevention  37(4): 641-649.
Litman, T. & Fitzroy, S.   2009.   Safe Travels: Evaluating Mobility Management Traffic Safety Impacts.  
Litman, T. A.   2009.   Transportation Policy and Injury Control.  Injury Prevention  15(6): 362-363.
Miller, T., Viner, J., Rossman, S., Pindus, N., Gellert, W., Douglass, J., Dillingham, A. & Blomquist, G.   1991.   The Costs of Highway Crashes. Final Report.   
Peden, M., Scurfield, R., Sleet, D., Mohan, D., Hyder, A. A., Jarawan, E. & Mathers, C. D. 2004. World Report on Road Traffic Injury Prevention, World Health Organization Geneva.
Riduan, F.   2012.   Jalan Sesak Dan Sesak Nafas.   Milenia Muslim  8-11.
Vyrostek, S. B., Annest, J. L. & Ryan, G. W.   2004.   Surveillance for Fatal and Nonfatal Injuries—United States, 2001.  MMWR Surveill Summ  53(7): 1-57.

No comments:

Post a Comment

SPEDA Power By

SPEDA Power By