SALAM

KATA HIKMAH

KATA HIKMAH

MENU

Tuesday 22 October 2013

: : Keutamaan Berjalan Kaki : :

Keutamaan Berjalan Kaki



Kita semua adalah pejalan kaki. Baik apa saja jenis perjalanan dengan apa jua cara, sekurang-kurangnya kita perlu kepada berjalan kaki pada setiap awal dan akhir perjalanan. Berjalan merupakan asas pengangkutan bandar yang telah membenarkan atau mewujudkan penempatan bandar untuk beroperasi selama beribu-ribu tahun.

Mod pengangkutan utama di bandar-bandar besar negara membangun masih lagi berjalan kaki disebabkan kekangan kepada sumber-sumber yang diperlukan untuk mengendalikan sistem transit. Berhubung dengan berjalan kaki juga, ironinya, di kalangan mesin senaman yang paling popular di kelab-kelab kesihatan dan di rumah adalah treadmill yang mensimulasikan berjalan. Poin-poin berikut menjelaskan keutamaan berjalan kaki:

Ekonomi

Mod berjalan kaki melibatkan perbelanjaan yang sangat sedikit. Laluan pejalan kaki biasanya dibina bersama-sama dengan pembinaan jalan biasa dan sekiranya melibatkan perbelanjaan tertentu ia masih lagi agak minimum. Kos yang minimum ini disebabkan pembinaan laluan adalah lebih ringkas  berbanding mod pengangkutan yang lain kerana tidak perlu membawa dan menampung beban yang berat. Namun, ia perlu cukup kuat untuk menampung kenderaan penyelenggaraan.
Manakala kos operasi pula bukan merupakan satu konsep yang berkaitan dengan mod berjalan. Malahan setiap individu hanya bertanggungjawab untuk peralatan mereka sendiri (biasanya kasut atau selipar) yang mana kos ini lazimnya adalah perbelanjaan normal peribadi.

Kesihatan

Berjalan kaki adalah senaman yang mudah, murah dan selamat untuk dilakukan. Ia merupakan satu kaedah senaman yang sesuai bagi semua lapisan peringkat umur. Senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja sama ada di rumah, di pejabat, di kompleks membeli-belah dan lain-lain lagi. Mengamalkan senaman berjalan kaki memberi manfaat kepada kesihatan kita seperti menyihatkan jantung, mengurangkan risiko penyakit jantung dengan merendahkan paras kolesterol. Selain itu, ia juga dapat mengawal tekanan darah dan mencegah risiko penyakit darah tinggi dan strok. Selanjutnya, berjalan mampu mengurangkan risiko penyakit diabetes. Berjalan meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan membantu melancarkan aliran darah.



Ketersediaan

Tidak perlu menunggu untuk kenderaan transit atau untuk menghidupkan enjin; mod sentiasa hadir dan sedia untuk digunakan. Kebayakan bandar-bandar utama di seluruh dunia telah menyediakan rangkaian pejalan kaki. Malah sistem rangkaian ini telah dipisahkan daripada jalan untuk laluan trafik dengan curb untuk memberi keselesaan kepada pejalan kaki.

Kognisi

Pejalan kaki menyokong hubungan secara langsung dengan alam sekitar. Tindakan berjalan adalah automatik dan tidak memerlukan perhatian atau penjagaan yang terlalu rumit untuk mengelakkan rintangan dan bahaya. Manakala deria dan minda boleh terus digunakan untuk menghargai laluan atau landskap bagi melanjutkan pemikiran bebas.

Penjagaan Alam Sekitar

Berjalan kaki adalah mod pengangkutan mesra alam yang muktamad. (Tidak perlu bimbang tentang haba yang dihasilkan oleh badan dan peluh tersejat.)

Rujukan

Urban Transportation Systems Choices for Communities, Mc Grew Hill

No comments:

Post a Comment

SPEDA Power By

SPEDA Power By