SALAM

KATA HIKMAH

KATA HIKMAH

MENU

Wednesday 23 October 2013

: : Kekangan Untuk Berjalan : :

Kekangan Untuk Berjalan Kaki


Berjalan kaki, begitu menyenangkan dan digalakkan kerana menawarkan pelbagai kelebihan. Namun, perlu diketahui berjalan kaki bukanlah mod pengangkutan untuk semua tujuan kerana terdapat pelbagai lagi batasan fungsi . Poin-poin berikut mengemukakan keterbatasan untuk berjalan kaki:

Jarak

Manusia mudah dan cepat menjadi letih. Manusia yang memiliki fikiran juga akan sentiasa mencari jalan yang kurang rintangan atau jalan pintas (shortcut) bertujuan untuk memelihara tenaga peribadi.

Kelajuan

Kelajuan seorang manusia adalah tidak cepat. kadar berjalan normal manusia adalah 15 minit per batu yang boleh dilanjutkan kepada 20 minit. Ini diterjemahkan ke dalam 4 atau 3 mph (6.4 atau 4.8 kilometer sejam). Untuk jarak yang pendek, kerana berjalan tidak melibatkan permulaan atau kehilangan masa terminal, kelajuan pejalan kaki yang perlahan tidak penting, tetapi ia menjadi satu faktor dengan perjalanan yang lebih panjang.

Walau terdapat beberapa atlet yang mampu berlari satu batu dalam masa kurang daripada 4 minit, namun apabila diterjemahkan ia hanya mewakili 15 mph (24 kph), yang tidak setanding dengan mana-mana kenderaan bermotor.  Seorang pelari maraton yang sangat baik boleh mengekalkan kelajuan 13 mph.

Bagi jurutera lalu lintas yang bertanggungjawab untuk menyesuaikan isyarat lalu lintas supaya ada masa yang cukup bagi setiap pejalan kaki untuk menyeberang jalan, terutamanya berkenaan dengan halaju bagi jarak yang lebih pendek, lazimnya reka bentuk andaian ialah 4 kaki / s (1.2 m / s), atau 2.7 mph (4.4 kilometer sejam), yang sesuai hampir kepada semua orang.

Aras Ketinggian

Kebiasaannya manusia yang berjalan enggan untuk menukar aras ketinggian (elevation), kerana umum mengetahui bahawa ia melibatkan penggunaan tenaga yang besar, berbanding dengan berjalan kaki dalam aras yang sama. Oleh itu, dalam mana-mana reka bentuk pejalan kaki untuk perubahan keadaan aras yang agak besar, aspek ini memerlukan perhatian khusus. Antara alternatif bagi mengatasi perubahan aras ini adalah dengan menyediakan perkhidmatan lif, eskalator dan lain-lain.

Perubahan cuaca

Cuaca yang buruk, sama ada hujan, salji, angin kuat, atau panas terik matahari, akan mengurangkan dengan ketara apa-apa kecenderungan untuk berjalan. Ini adalah salah satu sebab-sebab utama mengapa persekitaran pejalan kaki tertutup  telah begitu berjaya. Penanaman pokok yang mampu memberi teduhan daripada panas terik mentari di sepanjang laluan pejalan kaki juga merupakan salah satu kelebihan kepada pengguna.

Mengangkut barang-barang

Sekali lagi, pejalan kaki adalah terbatas, antaranya jumlah berat beban yang mampu dibawa bersama dengan mereka. Beg bimbit dan buku-buku poket adalah satu perkara, namun beg membeli-belah akan memberi masalah kepada pejalan kaki kerana keterbatasan manusia.

Mobiliti kepada golongan kelainan upaya

Mana-mana masyarakat mempunyai peratusan tertentu daripada orang-orang yang mempunyai masalah yang lebih besar atau lebih kecil atau golongan kelainan upaya yang akan mengurangkan tahap penyertaan mereka dalam mod berjalan. Mereka ini mungkin terdiri daripada orang yang sakit sementara, seperti terseliuh buku lali, atau sakit kekal, seperti anggota badan yang hilang. Selain itu, masyarakat juga sentiasa ada golongan yang sangat muda dan sangat tua.

Justeru, tugas dalam mereka bentuk kemudahan pejalan kaki ialah untuk membolehkan peratusan terbesar daripada penduduk untuk menggunakannya. Kaedah reka bentuk ini antara lain terdiri daripada laluan yang membolehkan kerusi roda untuk bergerak serta lampu isyarat yang boleh didengar untuk membantu mereka yang mempunyai masalah penglihatan.

Rujukan

Urban Transportation Systems Choices for Communities, Mc Grew Hill

No comments:

Post a Comment

SPEDA Power By

SPEDA Power By