SALAM

KATA HIKMAH

KATA HIKMAH

MENU

Sunday 27 October 2013

: : Sebab Menggunakan Automobil : :

Sebab Menggunakan Automobil


Kenderaan persendirian menguasai sektor pengangkutan di dunia pada hari ini. Baik di dalam mahupun di laur bandar, populariti kenderaan persendirian atau peribadi memberangsangkan berbanding mod pengangkutan yang lain. 

Faktor utama populariti ini adalah disebabkan kenderaan persendirian yang boleh dikawal secara individu, bertindak balas terhadap dorongan asas manusia untuk bertindak dan bergerak tanpa kekangan yang disebabkan oleh orang lain. Tidak ada apa-apa misteri lagi tentang kelebihan penggunaan automobil ini. 

Justeru, adalah lebih baik menyenaraikan secara ringkas sebab-sebab kepada penggunaan kenderaan persendirian untuk mendapatkan maklumat berhubung faktor yang mempengaruhi pilihan mod pengangkutan dalam mana-mana persekitaran kontemporari.

Melonggarkan Kekangan Lingkungan Geografi

Individu dan organisasi yang memiliki kenderaan tidak lagi dikekang oleh jarak berjalan atau penjajaran perkhidmatan transit yang terhad atau terbatas. Automobil boleh mencapai mana-mana destinasi yang munasabah, selagi jalan tersedia. 

Jejari operasi harian boleh diperluaskan bekali-kali ganda, dan pelbagai destinasi mampu di akses untuk memenuhi maksud keperluan pengangkutan. Tiada lagi istilah lokasi luar bandar yang jauh, dengan automobil semua tempat-tempat jauh baik sehingga ke pinggir bandar dapat dicapai dari mana-mana tempat lain.

Kebebasan Dari Jadual

Dengan menggunakan kenderaan persendirian, mana-mana perjalanan untuk apa-apa maksud boleh dilakukan bila-bila masa, sekurang-kurangnya secara teori-tidak dikekang oleh jadual mana-mana penyedia pengangkutan yang lain.

Ia boleh dijangkakan bahawa perjalanan menggunakan kereta peribadi akan mengambil masa yang paling singkat daripada perjalanan dengan menggunakan mana-mana mod pengangkutan yang lain kerana tidak ada masa menunggu, tiada kelewatan disebabkan oleh pertukaran dan tidak berhenti untuk menampung atau menurunkan penumpang lain.

Selain itu, perjalanan rekreasi untuk kemudahan luar adalah sentiasa tersedia; perjalanan bercuti panjang agak ekonomi dan dikawal hanya dengan kehendak peserta. Di samping itu, kereta peribadi menawarkan keadaan hampir ideal mobiliti kepada mereka yang mempunyai akses kepada titik destinasi yang dikehendaki.


Rujukan

Urban Transportation Systems Choices for Communities, Mc Grew Hill

No comments:

Post a Comment

SPEDA Power By

SPEDA Power By