SALAM

KATA HIKMAH

KATA HIKMAH

MENU

Sunday 27 October 2013

: : Sebab Untuk Tidak Menyokong Automobil : :

Sebab Untuk Tidak Menyokong Automobil


Kenderaan peribadi atau automobil sedia maklum menawarkan pelbagai kelebihan kepada pengguna jalan raya yang antara lain menyumbang kepada kepentingan ekonomi dan sosial yang besar dalam mengekalkan standard kualiti hidup.

Berbanding dengan pengangkutan alternatif lain, secara amnya automobil dianggap lebih selesa, fleksibel dan lebih cepat untuk menyokong gaya hidup yang sibuk. Selain itu, ia adalah lebih peribadi, dan mungkin juga mempunyai lebih banyak potensi sebagai simbol status atau mencerminkan identiti.

Namun malangnya kenderaan peribadi ini menyumbang berbagai-bagai masalah kepada sektor pengangkutan. Masalah yang berkaitan dengan kereta ini telah dikaji dengan panjang lebar dalam pelbagai penerbitan. Malah, bahan ini telah muncul dalam media popular dan menembusi analisis falsafah dan teknikal. Berikut poin-poin yang menjelaskan apakah sebab untuk tidak menyokong penggunaan kenderaan peribadi.

Kemampuan untuk berkereta

Tidak semua orang mempunyai akses kepada kereta, boleh memandu kenderaan, atau mungkin ingin untuk berbuat demikian. Sebab-sebab tersebut mungkin adalah berdasarkan umur, keupayaan fizikal, kemampuan kewangan, atau pilihan peribadi.

Kesimpulan yang mudah adalah bahawa kereta tidak boleh menjadi satu-satunya cara pergerakan di dalam mana-mana masyarakat kerana apa saja keadaan masyarakat atau komuniti akan wujud komponen atau golongan yang tidak berkemampuan untuk berkereta di kawasan tersebut. Sebagai contoh, di kawasan kejiranan yang mempunyai penduduk tua dan miskin, serta di daerah-daerah dengan kesesakan ruang yang teruk akan memburukkan lagi keadaan.

Setidak-tidaknya di dalam sesebuah komuniti, golongan orang-orang tua, orang kelainan upaya, wanita hamil, ibu-ibu dengan anak-anak kecil, orang-orang dengan beg membeli-belah atau beg pakaian, orang-orang dengan kesukaran orientasi, dan begitu juga dikekang atau dibebankan jumlah tanggungan penumpang adalah mewakili 25 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk.

Kesesakan dan ruang yang terhad

Kelemahan utama penggunaan kenderaan peribadi adalah seandainya terdapat sebahagian besar pemandu membuat keputusan untuk menggunakan kenderaan mereka pada masa yang sama untuk pergi ke destinasi yang sama atau hanya menggunakan jalan raya yang sama.

Selain itu, ciri-ciri asas bandar- yang menempatkan tumpuan aktiviti khusus di pusat-pusat yang ditetapkan menyebabkan penumpuan trafik tidak dapat dielakkan. Seandainya ketumpatan muatan dalam aliran trafik yang rendah, pergerakan mana-mana ruang yang ada akan cepat hilang.

Pencemaran udara

Pembakaran dalaman enjin bagi petrol dan diesel telah menerima banyak perhatian kerana telah dikenal pasti sebagai penyumbang utama kepada keadaan yang tidak sihat bandar-bandar iaitu pencemaran udara. Terdapat beberapa bahan pencemar udara yang dikenal pasti yang disumbangkan oleh kenderaan peribadi bermotor iaitu, ozon (O3), karbon monoksida (CO), nitrus oksida (NOx), sulfur dioksida (SO2), plumbum (Pb), sebatian organik meruap (VOC), dan bahan zarahan (zarah terutamanya mikroskopik, PM10).

Pencemaran bunyi

Satu masalah kebolehunian (livable) ketara di bandar-bandar adalah tahap bunyi bising yang dihasilkan oleh kenderaan bermotor, terutamanya jika mereka yang berat, tidak baik, atau mempunyai ekzos rosak. Malah mencetuskan penggera kecurian kereta boleh menjadi gangguan lain yang menyumbang kepada masalah pencemaran bunyi secara keseluruhan.

Justeru, analisis bunyi bising, adalah salah satu daripada unsur-unsur standard yang perlu dimasukkan ke dalam penyata kesan alam sekitar daripada mana-mana projek yang besar.

Kemalangan

Kemalangan jalan raya adalah suatu masalah yang sangat meruncing, ia mencetuskan beratus-ratus ribu kematian, mengakibatkan berjuta-juta kecederaan dan menelan beratus-ratus bilion dolar dalam kos ekonomi tahunan. Peningkatan penggunaan automobil tidak dapat disangkal lagi akan menyimbang kepada peningkatan kemalangan. Selain itu, bagi generasi muda, kemalangan lalu lintas adalah punca tunggal terbesar kematian dan ketidakupayaan atau kecacatan

Pengurangan sumber petroleum (sumber yang tidak boleh diperbaharui)

Petrol disuling dari minyak yang telah dihasilkan melalui proses semula jadi secara perlahan-lahan berjuta-juta tahun dahulu di dalam strata bawah tanah. Tidak kira berapa banyak penemuan baru masih dibuat, bekalan keseluruhan adalah terbatas. Oleh sebab minyak juga merupakan asas untuk pelbagai produk petrokimia yang lain,justeru ia boleh dikatakan adalah lebih baik bahan ini perlu dipelihara untuk tujuan yang lebih baik dan penting daripada membakar.

Masalah pelupusan

Setiap kenderaan baru akan mengalami penyusutan kualiti. Namun, kenderaan terpakai masih boleh dieksport ke negara-negara lain. Walau bagaimanapun pelupusan bangkai kereta yang tidak lagi boleh digunakan merupakan satu cabaran kepada kelangsungan alam sekitar. Terdapat juga kenderaan buruk yang hanya dibiarkan di tepi-tepi jalan dan tidak di kitar semula.

Ketidakadilan ekonomi

Walaupun harga pembelian kereta terpakai masih agak rendah berbanding kereta baru, perolehan kenderaan individu dengan semua kos operasi yang berkaitan masih di luar kemampuan kebanyakan isi rumah.

Selain itu, disebabkan struktur bandar kontemporari dan pengagihan aktiviti sebahagian besarnya menggambarkan andaian bahawa kebanyakan orang akan melakukan perjalanan dengan kereta, justeru mereka yang tidak mempunyai kereta terhalang daripada penyertaan penuh dalam kehidupan bandar biasa.

Pengasingan

Penggunaan kenderaan peribadi yang tinggi akan menyumbang kepada faktor guna tanah seperti bandar berserak (urban sprawl) dan kawasan perumahan berkepadatan rendah. Justeru, ia akan menyebabkan berlakunya pengasingan komuniti.

Selain itu, pengguna yang menggunakan kenderaan peribadi turut kehilangan hubungan sosial dengan komuniti setempat, kerana kapsul terkedap yang disediakan oleh automobil mengehadkan pemandu kepada semua kenalan, kecuali kepada radio, dan telefon bimbit.


Rujukan

Urban Transportation Systems Choices for Communities, Mc Grew Hill

No comments:

Post a Comment

SPEDA Power By

SPEDA Power By