SALAM

KATA HIKMAH

KATA HIKMAH

MENU

Monday 17 June 2013

: : Perkhidmatan Teksi : :


Pengangkutan awam yang paling banyak digunakan adalah transit pesat seperti MRT, BRT atau trem. Pengangkutan jenis ini biasanya mempunyai pengurusan berpusat yang menggunakan teknologi sistem pengangkutan pintar termaju beberapa dekad yang lalu bagi mengoptimumkan operasi perkhidmatan.


Malangnya, perkhidmatan transit pesat ini tidak fleksibel, memerlukan jumlah masa perjalanan yang panjang, liputan perkhidmatan yang tidak mencukupi serta menyediakan sistem perkhidmatan yang lebih rendah kepada pengguna yang tinggal di luar kawasan metropolitan. Walau bagaimanapun, sektor perkhidmatan teksi adalah cara yang lebih mudah bagi menawarkan perkhidmatan yang lancar, pintu ke pintu, privasi, keselesaan, operasi jangka masa serta dapat mengatasi masalah kekurangan tempat letak kereta (Salanova et al. 2011).

Kerana kemudahan, kecekapan, keselesaan, fleksibiliti dan ketersediaan 24 jam, perkhidmatan teksi menjadi bahagian yang penting dalam sektor pengangkutan awam bandar di kebanyakan bandar-bandar besar (Yang et al. 2005; Yao et al. 2012). Selain itu, teksi adalah satu kaedah yang sangat penting dalam pengangkutan bagi orang kurang upaya fizikal dan pancaindera; di mana bagi sesetengah mereka teksi adalah satu-satunya pilihan. Selanjutnya, perkhidmatan teksi juga mampu menawarkan kelebihan-kelebihan seperti berikut;

  •          Menyediakan link yang hilang antara pengangkutan transit awam dan destinasi akhir, justeru dapat menggalakkan penggunaan pengangkutan awam untuk setiap mod perjalanan.
  •          Menawarkan alternatif yang lebih cepat daripada pengangkutan bas (tidak berhenti untuk mengambil / menurunkan penumpang).
  •          Keselamatan yang lebih tinggi dan kemudahan untuk penumpang daripada bas atau tren.
  •          Mampu membawa lebih barangan membeli-belah dan bagasi.
  •          Beroperasi pada bila-bila masa siang atau malam.
  •          Boleh mengurangkan pemilikan kereta peribadi.

Rujukan

Salanova, J. M., Estrada, M., Aifadopoulou, G. & Mitsakis, E.   2011.   A Review of the Modeling of Taxi Services.  Procedia-Social and Behavioral Sciences  20(150-161.
Yang, H., Ye, M., Tang, W. H. & Wong, S. C.   2005.   Regulating Taxi Services in the Presence of Congestion Externality.  Transportation Research Part A: Policy and Practice  39(1): 17-40.
Yao, X. S., Cui, Y., Qu, J. H. & Zhang, C. X.   2012.   Research on the Service Mode of Tele-Taxi.  Applied Mechanics and Materials  178(2629-2632.

No comments:

Post a Comment

SPEDA Power By

SPEDA Power By