SALAM

KATA HIKMAH

KATA HIKMAH

MENU

Thursday 16 January 2014

: : Ekonomi Pengangkutan : :

Ekonomi Pengangkutan


Kos pengangkutan yang merupakan sebahagian daripada perbelanjaan atau kos isi rumah telah meningkat semenjak seabad yang lalu seperti yang ditunjukkan oleh Rajah 1 (Johnson et al. 2001). Sementara, menurut (Lipman 2006) pula, kajian menunjukkan bahawa perbelanjaan pengangkutan sering lebih tinggi berbanding kos perumahan bagi isi rumah yang berpendapatan sederhana.



Rajah 1. Perbelanjaan pengangkutan isi rumah

Kos pengangkutan ini mewakili kira-kira 10% bagi masyarakat yang berasaskan pengangkutan multi-modal manakala kos meningkat sehingga kira-kira 25% untuk komuniti yang bergantung pada kereta.

Di Malaysia, sektor pengangkutan memberi sumbangan yang amat penting kepada ekonomi dan memainkan peranan utama dalam aktiviti seharian. Justeru, inilah salah satu faktor yang memacu kepada peningkatan jumlah pemilikan kenderaan motor. Pemilikan kenderaan motor ini telah meningkat dengan ketara setiap tahun sehingga mencapai jumlah dua kali ganda bilangan untuk setiap 10 tahun.

Namun, malangnya pengguna jalan raya kini perlu membayar harga yang tinggi hanya untuk membeli masa dan ruang untuk sampai ke destinasi. Kajian terkini menunjukkan perbelanjaan isi rumah untuk bahagian pengangkutan menjadi prioriti ketiga iaitu sebanyak 13.1% berbanding makanan sebanyak 21.8% serta perumahan dan utiliti 21.8%.

Pada tahun 1957, kos perbelanjaan pengangkutan hanya melibatkan 3.7% sahaja daripada perbelanjaan isi rumah dan menjadi prioriti ketujuh daripada sembilan indikator. Dari segi peningkatan perbelanjaan, kos pengangkutan naik dengan ketara iaitu 94.6% selepas perumahan dan utiliti sebanyak 102% berbanding makanan hanya 60.9%.

Perbelanjaan pengangkutan ini meliputi perbelanjaan membeli alat kenderaan baru, perbelanjaan minyak petrol, perbelanjaan membeli alat ganti dan penyelenggaraan kenderaan, cukai jalan, insurans dan tambang perkhidmatan pengangkutan awam. Peningkatan kos pengangkutan andai tidak diimbangi dengan pendapatan boleh guna, pasti meningkatkan kadar kemiskinan (Riduan 2012).

Sementara (Litman 2008) menyatakan bahawa, kos pengangkutan yang tinggi boleh menyebabkan masalah besar. Ia bakal mengenakan beban kewangan dan kekangan peluang ekonomi dan sosial masyarakat. Justeru, kos pengangkutan yang berpatutan mampu memberikan manfaat ekonomi dan sosial yang besar kepada masyarakat dengan mengurangkan beban serta memperluaskan pilihan  kepada golongan yang berpendapatan rendah dan kurang bernasib baik. Peningkatan kemampuan kos pengangkutan juga adalah bersamaan dengan peningkatan pendapatan.

Oleh yang demikian, matlamat utama pembangunan sistem pakar bagi mengimplemetasikan pengangkutan Bandar mapan, dari sudut keutamaan pembangunan ekonomi (objektif utama ekonomi) diharap dapat memastikan strategi dicadangkan adalah:
  • Perkhidmatan pengangkutan adalah berpatutan
  • Kos pengangkutan yang berkesan
  • Sumber asli dan kewangan digunakan dengan cekap
  • Kos sosial dan alam sekitar yang negatif dihayati- iaitu pencemar perlu membayar prinsip
Selain itu, ia turut menyokong aktiviti perdagangan dan aktiviti perniagaan.

Rujukan

Johnson, D. S., Rogers, J. M. & Tan, L.   2001.   Century of Family Budgets in the United States, A.  Monthly Lab. Rev.  124(28.
Lipman, B.   2006.   A Heavy Load: The Combined Housing and Transportation Burdens of Working Families.  
Litman, T.   2008.   Transportation Affordability: Evaluation and Improvement Strategies.  
Riduan, F.   2012.   Jalan Sesak Dan Sesak Nafas.   Milenia Muslim  8-11.

No comments:

Post a Comment

SPEDA Power By

SPEDA Power By