SALAM

KATA HIKMAH

KATA HIKMAH

MENU

Thursday 16 January 2014

: : Alam Sekitar Pengangkutan : :

Alam Sekitar Pengangkutan 


Isu hubungan pengangkutan dan alam sekitar sebenarnya boleh dikatakan paradoks. Perkara ini berlaku kerana walaupun pengangkutan dapat menawarkan manfaat sosio-ekonomi yang besar, namun pada masa yang sama pengangkutan yang tidak efisien turut memberi kesan terhadap sistem alam sekitar. Dari satu sisi, aktiviti pengangkutan menyokong permintaan mobiliti yang semakin meningkat bagi penumpang dan barang, walau bagaimanapun di sisi yang lain, aktiviti-aktiviti pengangkutan kini merupakan sumber dominan bagi pelepasan kebanyakan pencemaran dan pelbagai impak ke atas alam sekitar. Berikut merupakan contoh-contoh impak aktiviti pengangkutan terhadap alam sekitar:


Perubahan iklim. Aktiviti industri pengangkutan melepaskan beberapa juta tan gas setiap tahun ke dalam atmosfera. Ini termasuk plumbum (Pb), karbon monoksida (CO), karbon dioksida (CO2, bukan pencemar a), metana (CH4), oksida nitrogen (NOx), nitrus oksida (N2O), klorofluorokarbon (CFC), perfluorokarbon (PFCs), silikon tetraflouride (SF6), logam berat (zink, krom, tembaga dan kadmium) dan partikel habuk atau abu (PM).

Kualiti udara. Kenderaan bermotor adalah sumber pencemaran dalam bentuk gas dan partikel pelepasan pencemar yang menjejaskan kualiti udara menyebabkan kerosakan kepada kesihatan manusia. Pencemar udara yang bertoksik dikaitkan dengan kanser, kardiovaskular, pernafasan dan penyakit saraf. Karbon monoksida (CO) apabila disedut memberi kesan kepada aliran darah, mengurangkan ketersediaan oksigen dan boleh membahayakan kepada kesihatan awam. Selain itu, pelepasan nitrogen dioksida (NO2) daripada sumber-sumber pengangkutan mengurangkan fungsi paru-paru, memberi kesan kepada sistem pertahanan imun pernafasan dan meningkatkan risiko masalah pernafasan. Sementara pelepasan sulfur dioksida (SO2) dan oksida


No comments:

Post a Comment

SPEDA Power By

SPEDA Power By