SALAM

KATA HIKMAH

KATA HIKMAH

MENU

Saturday 7 December 2013

: : Mass Rapid Transit (MRT) : :

Mass Rapid Transit (MRT)


Mass Rapid Transit atau MRT merupakan mod pengangkutan awam yang mampu melakukan paling banyak kerja yang berguna iaitu dengan membawa muatan penumpang dalam jumlah yang besar serta dapat beroperasi dengan cepat dan efisien dan merupakan salah satu mod pengangkutan yang paling berkesan dalam pengangkutan awam bandar (Ke et al. 2011). Tambahan pula, dengan teknologi terkini, perkhidmatan MRT berupaya untuk digerakkan tanpa pemandu.


MRT turut dikenali dengan pelbagai nama yang lain seperti rapid transit, heavy rail transit, subway, metro, tubes, underground, U-Bahn dan T.
Kesemuanya merujuk kepada mod pengangkutan yang sama iaitu transit rel berat. Tidak ada keraguan lagi bahawa aset utama MRT adalah keupayaan yang tiada tolok bandingannya untuk menggerakkan ramai penumpang kira-kira 40,000 dan lebih bagi setiap trek sejam. Teknologi dan prosedur operasi telah sengaja di reka bentuk sejak beberapa tahun yang lalu untuk mencapai keupayaannya yang sebenar iaitu transit luas yang berhenti kerap tetapi masih bergerak pantas antara setiap perhentian (Grava 2003).

Malangnya, manfaat ini datang pada kos yang besar. Oleh kerana untuk mengadakan perkhidmatan MRT yang bermakna tidak hanya melibatkan jarak satu atau dua kilometer sahaja, justeru kos yang perlu dilaburkan oleh mana-mana bandar dalam mana-mana negara perlu diberi pertimbangan sewajarnya dan sering kali jumlah perbelanjaan ini adalah tidak mencukupi. Masa depan perkembangan dan pembangunan MRT akan bergantung kepada jawapan kepada beberapa soalan. Adakah benar-benar terdapat bandar-bandar yang sangat memerlukan perkhidmatan transit untuk membawa kapasiti penumpang yang besar? Adakah terdapat pengguna tertentu di kawasan metropolitan yang menyeru keluar untuk perkhidmatan tersebut? Lazimnya pakar pengangkutan mampu merungkai persoalan ini.


Rujukan

Grava, S.   2003.    Urban Transportation Systems Choices for Communities. McGraw-Hill.

Ke, B.-R., Lin, C.-L. & Lai, C.-W.   2011.   Optimization of Train-Speed Trajectory and Control for Mass Rapid Transit Systems.  Control Engineering Practice  19(7): 675-687.

No comments:

Post a Comment

SPEDA Power By

SPEDA Power By