SALAM

KATA HIKMAH

KATA HIKMAH

MENU

Friday 9 May 2014

: : Bandar Baru : :

Bandar Baru


Bandar baru (new urbanism) adalah pergerakan perancangan pengurusan guna tanah yang paling penting pada abad ini dan ia bakal mewujudkan masa depan yang lebih baik bagi kehidupan berkomuniti. Selain itu, bandar baru juga  pergerakan antarabangsa untuk reformasi reka bentuk alam bina dan tentang meningkatkan kualiti hidup dan taraf hidup komuniti dengan mewujudkan tempat-tempat yang lebih baik untuk hidup.

Wacana bandar baru adalah kebangkitan seni dan pada asasnya adalah susunan semula alam sekitar yang dibina ke dalam bentuk bandar-bandar yang lengkap yang telah dibina selama berabad-abad di seluruh dunia. Bandar baru juga melibatkan penetapan dan pengisian tanah serta penciptaan bandar-bandar dan kampung-kampung baru yang padat.

Selanjutnya bandar baru juga menggalakkan penciptaan dan pemulihan pelbagai aspek seperti walkable, padat dan masyarakat bercampur-campur yang terdiri daripada komponen yang sama seperti pembangunan konvensional, namun dibentuk dalam cara yang lebih bersepadu serta dalam bentuk masyarakat yang lengkap. Ia mengandungi perumahan, tempat kerja, kedai-kedai, pusat komuniti, sekolah, taman dan kemudahan sivik kepada kehidupan harian penduduk dalam jarak berjalan kaki antara satu sama lain.

Bandar baru juga menggalakkan peningkatan penggunaan pengangkutan awam dan tidak menyokong pembinaan infrastruktur rangkaian lebih lebuh raya dan jalan raya. Ketika ini, terdapat lebih 4,000 projek bandar baru yang dirancang atau sedang dibina di Amerika Syarikat sahaja, separuh daripadanya adalah di pusat-pusat bandar bersejarah (Haas 2012).

Rujukan

Haas, T.   2012.   Sustainable Urbanism and Beyond: Rethinking Cities for the Future.  



Wednesday 7 May 2014

: : Persiaran Pejalan Kaki : :

Persiaran Pejalan Kaki


Kita semua adalah pejalan kaki. Baik apa saja jenis perjalanan dengan apa jua cara, sekurang-kurangnya kita perlu kepada berjalan kaki pada setiap awal dan akhir perjalanan. Berjalan merupakan asas pengangkutan bandar yang telah membenarkan atau mewujudkan penempatan bandar untuk beroperasi selama beribu-ribu tahun.



Mod pengangkutan utama di bandar-bandar besar negara membangun masih lagi berjalan kaki disebabkan kekangan kepada sumber-sumber yang diperlukan untuk mengendalikan sistem transit. Berhubung dengan berjalan kaki juga, ironinya, di kalangan mesin senaman yang paling popular di kelab-kelab kesihatan dan di rumah adalah treadmill yang mensimulasikan berjalan.

: : Bas Mini/Bandar : :

Bas Mini


Bas mini atau turut dikenali dengan nama koc mini merupakan sebuah kenderaan pengangkutan bermotor yang membawa penumpang. Bas mini direka bentuk sebagai sebuah kenderaan penumpang yang dapat membawa lebih ramai penumpang atau muatan daripada kenderaan pelbagai guna atau minivan, namun kapasiti penumpang lebih rendah daripada bas bersaiz penuh. Bas mini mempunyai kapasiti tempat duduk di antara 8 dan 30 kerusi. 


Bas mini yang lebih besar dikenali sebagai midibas. Lazimnya bas mini memiliki enjin pada bahagian hadapan kenderaan dan berlantai tinggi. Walau bagaimanapun, pada ketika ini bas mini juga boleh didapati dalam bentuk lantai rendah yang mampu memberikan keselesaan bagi golongan kurang upaya untuk menaiki bas.

Saturday 12 April 2014

: : Guna Tanah Padat & Pengezonan : :

Guna Tanah Padat & Pengezonan





Kepadatan (density) atau guna tanah padat dan pengezonan (clustering) atau berkelompok merupakan suatu konsep yang agak berbeza. Kepadatan merujuk kepada bilangan penduduk atau pekerjaan bagi setiap unit tanah (ekar, hektar, kilometer persegi atau batu persegi), manakala pengezonan merujuk kepada lokasi dan gabungan aktiviti di sesuatu kawasan. Seandainya guna tanah padat dan pengezonan ini dilaksanakan di sesuatu kawasan perumahan, ia bakal menawarkan kepada penduduk untuk akses dengan mudah ke destinasi-destinasi seperti sekolah dan kedai-kedai di pusat pembangunan.

SPEDA Power By

SPEDA Power By