SALAM

KATA HIKMAH

KATA HIKMAH

MENU

Wednesday 7 May 2014

: : Bas Mini/Bandar : :

Bas Mini


Bas mini atau turut dikenali dengan nama koc mini merupakan sebuah kenderaan pengangkutan bermotor yang membawa penumpang. Bas mini direka bentuk sebagai sebuah kenderaan penumpang yang dapat membawa lebih ramai penumpang atau muatan daripada kenderaan pelbagai guna atau minivan, namun kapasiti penumpang lebih rendah daripada bas bersaiz penuh. Bas mini mempunyai kapasiti tempat duduk di antara 8 dan 30 kerusi. 


Bas mini yang lebih besar dikenali sebagai midibas. Lazimnya bas mini memiliki enjin pada bahagian hadapan kenderaan dan berlantai tinggi. Walau bagaimanapun, pada ketika ini bas mini juga boleh didapati dalam bentuk lantai rendah yang mampu memberikan keselesaan bagi golongan kurang upaya untuk menaiki bas.

Secara amnya bas mini mampu menawarkan pelbagai kelebihan kepada sistem pengangkutan. Dalam peranan sebagai sebuah pengangkutan awam, ia boleh digunakan sebagai bas transit laluan tetap. Selain itu, ia juga boleh digunakan sebagai bas lapangan terbang, permintaan fleksibel bagi kenderaan pengangkutan yang responsif, perkongsian teksi atau teksi besar. Sementara itu, bas mini yang boleh diakses juga boleh digunakan sebagai perkhidmatan pengangkutan jenis paratransit oleh pihak berkuasa tempatan, pengendali transit, hospital atau badan amal.

Selanjutnya, bas mini boleh dijadikan kenderaan peribadi seperti pengangkutan korporat, bas sewa khas, bas pelancongan. Sekolah-sekolah, kelab-kelab sukan, kumpulan masyarakat dan badan amal juga boleh menggunakan bas mini untuk pengangkutan persendirian. Pemilik individu juga boleh menggunakan bas mini sebagai kenderaan rekreasi murah.

Ciri-ciri utama yang membezakan bas mini berbanding dengan bas yang lain adalah keupayaan penumpang untuk bergerak di dalam bas dengan berdiri. Walaupun dimensi luaran adalah kecil kerana namun ia masih boleh mengekalkan rupa bas biasa, ciri-ciri lain kebanyakan sama dengan kenderaan-kenderaan yang lain. Di bandar-bandar besar bas mini boleh bertindak sebagai bas bandar yang menawarkan laluan alternatif kepada pengguna pengangkutan awam yang tidak dapat diakses menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam berasaskan rel.

No comments:

Post a Comment

SPEDA Power By

SPEDA Power By