SALAM

KATA HIKMAH

KATA HIKMAH

MENU

Wednesday 7 May 2014

: : Persiaran Pejalan Kaki : :

Persiaran Pejalan Kaki


Kita semua adalah pejalan kaki. Baik apa saja jenis perjalanan dengan apa jua cara, sekurang-kurangnya kita perlu kepada berjalan kaki pada setiap awal dan akhir perjalanan. Berjalan merupakan asas pengangkutan bandar yang telah membenarkan atau mewujudkan penempatan bandar untuk beroperasi selama beribu-ribu tahun.



Mod pengangkutan utama di bandar-bandar besar negara membangun masih lagi berjalan kaki disebabkan kekangan kepada sumber-sumber yang diperlukan untuk mengendalikan sistem transit. Berhubung dengan berjalan kaki juga, ironinya, di kalangan mesin senaman yang paling popular di kelab-kelab kesihatan dan di rumah adalah treadmill yang mensimulasikan berjalan.
Berjalan kaki umumnya merupakan perjalanan yang lebih perlahan berbanding mana-mana mod pengangkutan lain. Antara bandar yang boleh dicontohi dalam mewujudkan persiaran pejalan kaki adalah Bogota. Bogota mempunyai tradisi lama, iaitu banyak jalan raya yang ditutup pada hari Ahad kepada kenderaan bermotor, supaya jalan tersebut boleh digunakan untuk tujuan rekreasi.




Dalam keadaan biasa, persekitaran pejalan kaki boleh dipertingkatkan dengan memperuntukkan kelajuan lalu lintas yang lebih rendah bagi kenderaan bermotor di kawasan sekitar, laluan di bentengi oleh tanaman pokok, permukaan laluan yang bertekstur dan crosswalks (khususnya crosswalks dengan isyarat push button, permukaan bertekstur, permukaan dibangkitkan atau berbonggol, dan pencahayaan yang mencukupi atau di warnakan) serta kemudahan-kemudahan yang lain.

No comments:

Post a Comment

SPEDA Power By

SPEDA Power By