SALAM

KATA HIKMAH

KATA HIKMAH

MENU

Wednesday 12 June 2013

: : Jadual Kerja Alternatif : :


Jadual kerja alternatif (AWS) turut dikenali sebagai waktu kerja boleh ubah. Terdapat dua kategori AWS; iaitu jadual kerja fleksibel dan jadual kerja termampat. Jadual kerja fleksibel adalah waktu di mana pekerja boleh memilih masa kedatangan dan pulang. Waktu fleksibel ini membolehkan pekerja untuk membantu tanggungjawab peribadi yang lain.


Selain itu, pilihan waktu fleksibel ini dapat mengelakkan kesesakan semasa waktu puncak. Sementara waktu kerja termampat bermaksud pekerja dibenarkan untuk bekerja selama empat hari seminggu selama sepuluh jam sehari berbanding lima hari seminggu selama lapan jam.

Kerja yang fleksibel juga mampu menyumbangkan kebaikan kepada alam sekitar. Dengan beberapa pekerja yang berulang-alik empat hari setiap minggu, bukan lima hari, bermakna kurang kereta keluar di jalan raya. Jumlah kereta yang kurang dapat mengurangkan pencemaran udara, dan kesesakan di jalan raya.

Menurut (Litman 2005) jadual kerja alternatif amat dihargai oleh ramai pekerja serta mampu meningkatkan produktiviti dan kepuasan bekerja. Selain itu, ia dapat memenuhi keperluan penjadualan rumah yang lain, mengurangkan masa perjalanan dan tekanan, mengurangkan kebimbangan tentang kelewatan dan dapat memanfaatkan kongsi kereta dan pengangkutan awam.

Kajian mendapati bahawa 68% daripada pekerja ingin memilih waktu kerja yang fleksibel manakala 58% akan mengambil bahagian dalam waktu kerja termampat. Walaupun AWS ini mampu menawarkan banyak manfaat, namun tidak semua kerja sesuai untuk jadual kerja alternatif (Mahmood et al. 2009).


Rujukan

Litman, T.   2005.   Online Tdm Encyclopedia.  Victoria Transport Policy Institute, 2005(d). www. vtpi. org/tdm 
Mahmood, M., Bashar, M. A. & Akhter, S.   2009.   Traffic Management System and Travel Demand Management (Tdm) Strategies: Suggestions for Urban Cities in Bangladesh.  Asian Journal of Management and Humanity Science  4(2-3): 161-178.

No comments:

Post a Comment

SPEDA Power By

SPEDA Power By