SALAM

KATA HIKMAH

KATA HIKMAH

MENU

Thursday 13 June 2013

: : Bayaran Parkir : :


Bayaran letak kenderaan atau dikenali juga sebagai parkir bermeter merujuk kepada caj bagi menggunakan ruang letak kereta. Harga bayaran tempat letak kereta atau parkir yang cekap mampu menawarkan pelbagai faedah seperti mencatatkan pertambahan perolehan, kemudahan kepada pengguna, penjimatan kos kemudahan tempat letak kereta, mengurangkan masalah trafik dan meningkatkan pendapatan.


Harga bayaran boleh distrukturkan untuk mencapai pelbagai objektif, seperti kemudahan pembiayaan tempat letak kenderaan, pengurusan permintaan pengangkutan dan tempat letak kenderaan serta untuk menjana pendapatan tambahan (keuntungan).

Manakala, menurut (D'acierno et al. 2006) pengaplikasian strategi bayaran parkir adalah lebih lazim dan lebih diterima pakai berbanding harga jalan raya kerana hanya memerlukan kos pelaburan yang lebih rendah dan boleh dijalankan tanpa menggunakan teknologi canggih. Kesan bayaran parkir juga melampaui sempadan sistem pengangkutan dan boleh mempengaruhi, sama ada secara langsung atau tidak langsung, beberapa aspek sosio-ekonomi persekitaran bandar. Sebagai contoh, akses kepada beberapa zon boleh dikurangkan dengan mengenakan bayaran letak kereta.

Selain itu, penentuan harga parkir boleh menyebabkan perubahan pelbagai sistem pengangkutan. Antaranya pemilikan kenderaan dikurangkan (terutamanya penentuan harga parkir di tempat kediaman), peralihan mod pengangkutan (daripada kenderaan bermotor kepada berjalan dan berbasikal), perubahan lokasi parkir (ke tempat letak kereta yang lebih murah atau percuma); perubahan jadual perjalanan (dari yang berharga untuk tempoh yang dinilai); dan berhenti dalam tempoh yang singkat (Litman 2006).


Rujukan

D'acierno, L., Gallo, M. & Montella, B.   2006.   Optimisation Models for the Urban Parking Pricing Problem.  Transport Policy  13(1): 34-48.
Litman, T.   2006.    Parking Management: Strategies, Evaluation and Planning. Victoria Transport Policy Institute.

No comments:

Post a Comment

SPEDA Power By

SPEDA Power By