SALAM

KATA HIKMAH

KATA HIKMAH

MENU

Sunday 16 June 2013

: : Insentif Kepada Pengguna Basikal : :


Berbanding dengan pengguna mod pengangkutan yang lain, pengguna basikal jauh masih kurang. Untuk mengimbangi keadaan ini, antara inisiatif yang boleh dilaksanakan adalah kerajaan tempatan atau pihak majikan menyediakan subsidi atau pembayaran ganti kepada pekerja-pekerja yang berulang-alik dengan basikal.


Selain itu, mereka juga boleh menyediakan faedah pinjaman percuma atau rendah untuk pembelian basikal dan peralatan basikal kepada pekerja yang berulang-alik dengan basikal. Akhirnya, pihak kerajaan boleh menggalakkan perniagaan dan institusi yang lain dalam masyarakat untuk mengaplikasikan perkara yang sama.

Di Bellevue, Washington pihak berkuasa tempatan telah menawarkan kepada pekerja yang basikal untuk bekerja sebanyak USD 15 sebulan sebagai insentif (Drumheller et al. 2001).

Sementara itu, pembuat minuman organik, Honest Tea di Bethesda, Maryland, memberikan pekerja yang sama ada basikal atau berjalan kaki untuk bekerja tambahan sebanyak USD 27.50 dalam gaji mereka berbentuk cek bulanan untuk mengimbangi apa-apa peralatan yang mereka perlukan untuk basikal atau berjalan kaki ke tempat kerja (Porter-Rockwell 2010).

Rujukan

Drumheller, B., Quaid, A., Wyman, M., Liljenwall, J. & Young, A.   2001.   Sustainable Transportation Options for Protecting the Climate. A Guide for Local Governments.  International Council for Local Environmental Initiative, Berkeley, CA 
Porter-Rockwell, B.   2010.   How to Encourage Your Employees to Bike to Work.   http://www.inc.com/guides/2010/04/bike-to-work.html [11 December 2012].

No comments:

Post a Comment

SPEDA Power By

SPEDA Power By