SALAM

KATA HIKMAH

KATA HIKMAH

MENU

Sunday 16 June 2013

: : Penggunaan Basikal Dalam Operasi Bandar : :


Menurut (Gaines&Kappeler 2011) ketika ini peronda masih mengutamakan  kenderaan bermotor untuk melakukan rondaan. Namun, di beberapa tempat, sudah terdapat ramai pihak berkuasa yang menjalankan rondaan menggunakan kuda, basikal, bot dan pesawat. Pihak kerajaan, perniagaan, dan institusi boleh menyediakan basikal sebagai alternatif bagi menggantikan kenderaan bermotor untuk melaksanakan tugas-tugas tertentu.


Seandainya  majikan tidak mahu untuk membekalkan basikal, mereka boleh membayar balik pampasan kepada pekerja yang menggunakan basikal mereka sendiri. Contoh kerja rondaan yang boleh dilakukan menggunakan basikal antaranya termasuklah pemeriksa bangunan, pembaca meter, pengawal keselamatan, penghantar surat dan lain-lain lagi.

Basikal juga boleh digunakan untuk menjana program-program kerajaan yang lebih berkesan. Sebagai contoh program “Polis Berbasikal” yang dijalankan di Amerika Syarikat  telah  berjaya di kebanyakan bandar-bandar utama. Program ini bukan sahaja dapat mengurangkan perbelanjaan kenderaan tetapi juga dalam meningkatkan hubungan sosial antara polis dengan masyarakat.

Sementara itu, jabatan polis di Dayton, Ohio mampu menjimatkan kira-kira 2,700 gelen petrol dan mengurangkan 7.5 tan CO2 setahun dengan menjalankan  rondaan dengan berbasikal. (Drumheller et al. 2001).

Rujukan

Drumheller, B., Quaid, A., Wyman, M., Liljenwall, J. & Young, A.   2001.   Sustainable Transportation Options for Protecting the Climate. A Guide for Local Governments.  International Council for Local Environmental Initiative, Berkeley, CA 
Gaines, L. K. & Kappeler, V. E.   2011.   5 - Police Operations.  Dlm.  (pnyt.).   Policing in America (Seventh Edition),  hlm. 171-218. Boston: Anderson Publishing, Ltd.

No comments:

Post a Comment

SPEDA Power By

SPEDA Power By