SALAM

KATA HIKMAH

KATA HIKMAH

MENU

Sunday 16 June 2013

: : Integrasi Pengangkutan Awam : :


Merujuk kepada (Ibrahim 2003) integrasi adalah penyediaan perkhidmatan dari satu tempat ke satu tempat yang mesra pengguna serta terdapat pelbagai mode kemudahan yang saling berhubungan. Penambahbaikan integrasi antara mode pengangkutan awam dapat membantu orang ramai untuk bergerak dengan lebih mudah serta dapat mengurangkan kos dan kesulitan perjalanan.

Selain itu, Sistem transit bersepadu, berkualiti tinggi, dan boleh diakses adalah penting dalam usaha untuk menarik pengguna jalan raya untuk beralih kepada pengangkutan awam (Sharaby&Shiftan 2012). Antara strategi integrasi pengangkutan awam adalah sebagaimana berikut;
a. Integrasi tambang

Strategi ini termasuklah peringkasan struktur tambang, integrasi pembayaran tambang antara agensi, teknologi penjimatan masa kutipan tambang serta pelaksanaan kad pintar pelbagai guna.

Penambahbaikan ini adalah sangat berkesan dalam mengurangkan halangan akses kepada transit, menggalakkan penyertaan dalam program pas bulanan serta berpotensi untuk menambah hasil pendapatan agensi transit (Goldman&Gorham 2006). Satu contoh yang baik integrasi tambang adalah kad EZ-link di Singapura.

EZ-link kad adalah sistem kutipan tambang baru yang menggunakan kad pintar tanpa sentuh. Berbeza dengan kad tambang konvensional, yang mesti dimasukkan ke dalam bezel atau pembaca tiket, kad pintar baru tanpa sentuh hanya perlu dilalukan bersebelahan dengan pembaca kad untuk pemotongan jumlah tambang yang betul. Ia sudah pasti akan dapat menyelesaikan transaksi biasa lebih cepat daripada kad tambang semasa (Ibrahim 2003).

b. Integrasi maklumat

Kualiti maklumat boleh mempengaruhi ketersediaan fungsi dan kebaikan mobiliti dan pilihan akses (Litman 2007). Di Singapura, TransitLink Guide tahunan memberikan penumpang maklumat bersepadu pada hampir kesemua aspek perjalanan bagi perkhidmatan bas dan juga MRT (Ibrahim 2003).

c. Integrasi rangkaian

Integrasi perancangan pusat rangkaian bas dengan sistem transit mengurangkan pertindihan membazir perkhidmatan, sekali gus meningkatkan penggunaan sumber pengangkutan. Ini meningkatkan kelebihan baik sistem bas mahupun sistem transit untuk memenuhi keperluan pengguna (Ibrahim 2003).

Rujukan

Goldman, T. & Gorham, R.   2006.   Sustainable Urban Transport: Four Innovative Directions.  Technology in society  28(1): 261-273.
Ibrahim, M. F.   2003.   Improvements and Integration of a Public Transport System: The Case of Singapore.  Cities  20(3): 205-216.
Litman, T.   2007.   Evaluating Accessibility for Transportation Planning.  Victoria Transport Policy Institute website. Accessed: July  31(2007.
Sharaby, N. & Shiftan, Y.   2012.   The Impact of Fare Integration on Travel Behavior and Transit Ridership.  Transport Policy  21(63-70.

No comments:

Post a Comment

SPEDA Power By

SPEDA Power By