SALAM

KATA HIKMAH

KATA HIKMAH

MENU

Tuesday 11 June 2013

: : Penyelenggaraan Kenderaan : :


Sama seperti produk yang lain, kereta juga turut mengalami kitaran hayat iaitu peringkat penggunaan setelah melalui peringkat pengeluaran. Pada peringkat penggunaan, kereta digunakan untuk pelbagai tujuan. Dalam tempoh penggunaan tersebut pemilik kereta seharusnya menanggung kos perjalanan dan penyelenggaraan supaya ia sentiasa selamat dan boleh dipercayai.


Oleh itu, penyelenggaraan kenderaan adalah salah satu dalam keselamatan jalan raya kerana ia mampu mengelakkan kemalangan yang disebabkan oleh kecacatan atau kerosakan kenderaan. Lemah penyelenggaraan kenderaan bukan sahaja boleh menimbulkan bahaya kepada pemandu dan penumpang, malah kepada pengguna jalan raya yang lain (Jawi et al. 2012).

Berdasarkan (Jawi et al. 2012) juga biasanya, terdapat tiga kategori penyelenggaraan kenderaan iaitu pencegahan, pemulihan dan ramalan. Sementara itu, menurut (Wursthorn et al. 2010) impak terhadap alam sekitar secara amnya lebih rendah apabila komponen kereta yang rosak dibaiki berbanding komponen yang baru dipasang.

Rujukan

Jawi, Z. M., Lamin, F., Manap, A. R. A., Abbas, F., Kassim, A., Anwar, K. & Voon, W. S.   2012.   Automotive Ecosystem in Malaysia–a Conceptual Model to Explain Vehicle Ownership and Car Maintenance Issues.  Applied Mechanics and Materials  165(224-231.
Wursthorn, S., Feifel, S., Walk, W. & Patyk, A.   2010.   An Environmental Comparison of Repair Versus Replacement in Vehicle Maintenance.  Transportation Research Part D: Transport and Environment  15(6): 356-361.

No comments:

Post a Comment

SPEDA Power By

SPEDA Power By