SALAM

KATA HIKMAH

KATA HIKMAH

MENU

Tuesday 11 June 2013

: : Program Pembaharuan Kenderaan Lama : :


Masih banyak terdapat kereta persendirian yang berumur lebih daripada 20 tahun berada di atas jalan raya pada hari ini. Kereta tersebut memiliki enjin yang menghasilkan pembakaran bahan api yang tidak cekap serta mengeluarkan tahap bunyi yang tinggi.


Walau bagaimanapun, hari ini kereta memiliki teknologi enjin terkini yang dilengkapi dengan ketepatan unit kawalan enjin, ekzos edaran semula gas dan unit kawalan nisbah udara bahan api. Ujian had pelepasan EURO III adalah antara 30-40% lebih rendah berbanding model EURO II untuk diesel bagi kereta persendirian dan kenderaan perdagangan ringan, selanjutnya terdapat penurunan kira-kira 30% untuk EURO 4.

Hasil kajian (Ong et al. 2011) menunjukkan bahawa dengan 10% kereta lama diperbaharui, terdapat pengurangan kira-kira 96.5% CO2. Sementara jumlah bahan api dapat dijimatkan sebanyak 1.3%. Keputusan menunjukkan bahawa penggantian kereta persendirian yang lama kepada kenderaan yang lebih moden mempunyai kesan positif dari sudut penggunaan bahan api yang cekap dan pengurangan pelepasan pencemaran. 

Selain itu, pemeriksaan dan penyelenggaraan juga merupakan perkara penting untuk memastikan bahawa tahap pelepasan kenderaan memenuhi piawaian yang dikehendaki (Ong et al. 2011).

Rujukan

Ong, H., Mahlia, T. & Masjuki, H.   2011.   A Review on Emissions and Mitigation Strategies for Road Transport in Malaysia.  Renewable and Sustainable Energy Reviews  15(8): 3516-3522.

No comments:

Post a Comment

SPEDA Power By

SPEDA Power By