SALAM

KATA HIKMAH

KATA HIKMAH

MENU

Saturday 12 April 2014

: : Guna Tanah Padat & Pengezonan : :

Guna Tanah Padat & Pengezonan





Kepadatan (density) atau guna tanah padat dan pengezonan (clustering) atau berkelompok merupakan suatu konsep yang agak berbeza. Kepadatan merujuk kepada bilangan penduduk atau pekerjaan bagi setiap unit tanah (ekar, hektar, kilometer persegi atau batu persegi), manakala pengezonan merujuk kepada lokasi dan gabungan aktiviti di sesuatu kawasan. Seandainya guna tanah padat dan pengezonan ini dilaksanakan di sesuatu kawasan perumahan, ia bakal menawarkan kepada penduduk untuk akses dengan mudah ke destinasi-destinasi seperti sekolah dan kedai-kedai di pusat pembangunan.



Selain itu, bagi kawasan penduduk luar bandar dan pinggir bandar yang mempunyai ketumpatan yang rendah pula, destinasi yang sama seperti sekolah, kedai-kedai dan perkhidmatan awam yang lain boleh dizonkan untuk memudahkan akses penduduk. Pengezonan mampu meningkatkan akses dengan menjadikannya lebih mudah untuk menjalankan beberapa urusan tugasan pada masa yang sama, meningkatkan peluang untuk berinteraksi dengan jiran-jiran, dan mencipta nod pengangkutan (berkongsi perhentian perjalanan, perhentian bas dan lain-lain).

Namun melaksanakan strategi guna tanah padat sahaja tanpa pengezonan tidak memberi impak ketara kepada perjalanan kenderaan dan mod perkongsian. Sebagai contoh, kawasan Los Angeles adalah padat namun penduduk tetap bergantung pada kenderaan automobil persendirian (Eidlin 2010). Justeru, strategi guna tanah padat dan pengezonan adalah lebih berkesan untuk mengurangkan penggunaan kereta.

Tambahan pula, perjalanan kenderaan juga cenderung untuk berkurang sekiranya pusat-pusat pekerjaan adalah berkelompok dengan kedai-kedai, restoran dan pusat jagaan (destinasi yang pekerja ingin melawat semasa waktu rehat mereka). Dengan kata lain, strategi untuk mengurangkan perjalanan cenderung untuk menjadi lebih berkesan sekiranya tapak kerja adalah berkelompok.

Selanjutnya, strategi guna tanah padat dan pengezonan ini juga sesuai dilaksanakan di bandar, pinggir bandar mahupun luar bandar, sama ada secara berperingkat atau sebagai sebahagian daripada pembangunan induk yang dirancang. Manakala pengezonan boleh terdiri daripada hanya beberapa bangunan kecil (contohnya, restoran, pejabat perubatan dan kedai runcit tunggal) sehingga kepada pusat komersial yang besar dengan beratus-ratus jenis perniagaan.

Rujukan



No comments:

Post a Comment

SPEDA Power By

SPEDA Power By