SALAM

KATA HIKMAH

KATA HIKMAH

MENU

Sunday 16 June 2013

: : Letak & Naik : :


Letak dan naik atau lebih dikenali dengan Park & ​​Ride merupakan kemudahan tempat letak kereta di stesen transit, perhentian bas dan pada tanjakan (ramp) lebuh raya, terutamanya di pinggir bandar untuk memudahkan penggunaan transit awam dan juga kongsi kereta. Parkir umumnya adalah percuma atau agak murah berbanding di pusat bandar.

Kemudahan letak & naik biasanya dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan atau agensi transit. Rondaan dan pencahayaan kadangkala disediakan untuk menangani kebimbangan berhubung keselamatan kenderaan pengguna yang di tinggal di kawasan lokasi.


Kemudahan letak & naik mampu meningkatkan penggunaan transit awam dan perjalanan menggunakan kongsi kereta. (Morrall&Bolger 1996) mendapati bahawa penyediaan kemudahan Letak & Naik mempunyai pengaruh yang besar kepada perjalanan ulang-alik pusat bandar yang dibuat oleh transit awam.

Manakala (Parkhurst 2000) pula mendapati bahawa kemudahan letak & naik dapat mengurangkan kesesakan trafik di bandar. Kesan sebenar bergantung kepada kualiti perkhidmatan transit, kewujudan insentif seperti keutamaan lorong HOV, insentif kewangan kepada pengguna transit, dan faktor-faktor geografi seperti pengagihan pekerjaan. Beberapa agensi transit menggunakan sistem panduan letak kereta termaju untuk menunjukkan adanya kawasan Letak & Naik .


Rujukan

Morrall, J. & Bolger, D.   1996.   Park-and-Ride: Canada's Most Cost Effective Tdm Strategy.  Cost Effectiveness Through Innovation: Proceedings Of The 1996 Tac Annual Conference, Charlottetown, Prince Edward Island, October 6-9, 1997, hlm.
Parkhurst, G.   2000.   Influence of Bus-Based Park and Ride Facilities on Users’ Car Traffic.  Transport Policy  7(2): 159-172.

No comments:

Post a Comment

SPEDA Power By

SPEDA Power By