SALAM

KATA HIKMAH

KATA HIKMAH

MENU

Wednesday 9 October 2013

: : Sistem Isyarat Keutamaan Bas : :

Sistem Isyarat Keutamaan Bas


Sebahagian besar masa perjalanan bas banyak dihabiskan ketika bas menunggu di persimpangan isyarat trafik atau lampu isyarat. Justeru, penyediaan sistem isyarat keutamaan bas di persimpangan adalah terbukti amat berkesan dalam mengurangkan jumlah masa perjalanan sesebuah bas dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti masa perjalanan kepada pengguna transit.


Sistem isyarat keutamaan bas ini berfungsi dengan bas mengeluarkan isyarat elektrik yang membolehkan ia dikesan oleh isyarat trafik di persimpangan. Seterusnya sistem isyarat trafik akan menyesuaikan pengaturan masa isyarat dalam dua keadaan. Pertama, memanjangkan masa hijau bagi laluan bas (sekiranya laluan tersebut dalam waktu hijau). Kedua, memendekkan masa hijau di laluan lain (sekiranya laluan bas bukan waktu hijau) bagi membolehkan bas mendapat isyarat hijau terlebih dahulu.

Penyediaan sistem isyarat keutamaan bas di persimpangan yang memendekkan masa perjalanan bas ini juga mampu menawarkan pelbagai manfaat yang lain. Antaranya, dapat menambah kapasiti pengguna bas setiap hari dengan jumlah kenderaan yang sama atau sekiranya jumlah penumpang adalah sama, jumlah penggunaan bas dapat dikurangkan. Selanjutnya bas yang tidak digunakan boleh dilaburkan atau dimanfaatkan di tempat yang lain. Rajah 1 merumuskan manfaat-manfaat sistem isyarat keutamaan bas (D'souza et al. 2010):




Rajah 1. Manfaat sistem isyarat keutamaan bas

Rujukan

D'souza, C., Gardner, K., Hounsell, N. & Shrestha, B.   2010.   New Developments for Bus Priority at Traffic Signals in London Using Ibus.   

No comments:

Post a Comment

SPEDA Power By

SPEDA Power By