SALAM

KATA HIKMAH

KATA HIKMAH

MENU

Wednesday 12 June 2013

: : Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) : :


Kelajuan adalah penyebab tunggal yang paling serius dalam bilangan kematian trafik (Elvik 2005). Selain itu, risiko kemalangan maut meningkat akibat peningkatan kelajuan (Nilsson 2004). Pendekatan penguatkuasaan lalu lintas secara tradisional memerlukan komitmen polis dan sistem kehakiman yang tinggi.

Di samping itu, tindakan penguatkuasaan lalu lintas di jalan raya yang sibuk memburukkan lagi keadaan (Goldman&Gorham 2006). Untuk itu, kebanyakan kota di seluruh dunia beralih kepada penguatkuasaan berasaskan kamera.


Penguatkuasaan trafik berasaskan sistem kamera adalah terdiri daripada kamera dan alat pemantauan kenderaan yang digunakan untuk mengesan dan mengenal pasti kenderaan yang melanggar had kelajuan atau kesalahan jalan raya yang lain secara automatik melalui nombor plat lesen, manakala saman akan dihantar melalui pos (Qi 2008).

Di Malaysia, bentuk penguatkuasaan ini dikenali sebagai Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) (Jpj 2012).  Menurut (Jpj 2012) AES mampu mengubah sikap, tingkah laku dan budaya pemanduan melalui penguatkuasaan 24 jam, tidak bermusim dan tiada campur tangan manusia.

Selain itu, AES juga meningkatkan tahap perception of being caught (POBC) di kalangan pengguna jalan raya dan merupakan penyelesaian kepada kos rawatan dan pemulihan kawasan sering berlaku kemalangan yang jumlahnya lebih 800 (blackspot) di seluruh negara yang amat tinggi dan memakan masa yang lama. Antara kelebihan AES ialah:

·      Sistem penguatkuasaan yang selamat, kerahsiaan, integriti dan kesediaan (24 jam). Mampu beroperasi 24 X 7 X 360 siang dan malam dalam semua keadaan cuaca.
·      Tanpa campur tangan manusia. Ini akan meningkatkan integriti penguatkuasaan (tidak bermusim, tiada interaktif dengan pesalah dan unsur rasuah di tepi jalan).
·      Mampu mengesan kesalahan yang dilakukan oleh kenderaan persendirian, komersial dan kenderaan pengangkutan awam.
·      Tentusah ukur (calibration) bagi setiap peralatan pengesanan dan perakam imej kesalahan dibuat mengikut Akta pengukuran Kebangsaan 2007 agar kesalahan menjadi kes prima facie.
·      Penghantaran data/gambar sukar diceroboh (encryption) kerana dihantar secara automatik setelah kesalahan dikesan.
·      AES secara langsung menjadi pencetus bagi tujuan mengajar/membentuk pemandu agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas jalan.
·      Struktur sistem direka bentuk agar tindakan undang-undang tidak boleh disangkal atau dipertikai di mahkamah oleh pesalah. Memudahkan proses pendakwaan melalui penyediaan bahan bukti yang boleh diterima mahkamah (Control Centre di link ke semua Mahkamah Trafik melalui IT).
·      Tidak akan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Rujukan

Elvik, R.   2005.   Speed and Road Safety: Synthesis of Evidence from Evaluation Studies.  Transportation Research Record: Journal of the Transportation Research Board  1908(-1): 59-69.
Goldman, T. & Gorham, R.   2006.   Sustainable Urban Transport: Four Innovative Directions.  Technology in society  28(1): 261-273.
Jpj.   2012.   Automatic Enforcement System (Aes).   http://www.jpj.gov.my/aes-system [7 February 2013].
Nilsson, G.   2004.    Traffic Safety Dimensions and the Power Model to Describe the Effect of Speed on Safety. Lund Institute of Technology, Lund,
Sweden.
Qi, L.   2008.   Research on Intelligent Transportation System Technologies and Applications.  Power Electronics and Intelligent Transportation System, 2008. PEITS'08. Workshop on, hlm. 529-531.

No comments:

Post a Comment

SPEDA Power By

SPEDA Power By