SALAM

KATA HIKMAH

KATA HIKMAH

MENU

Wednesday 20 March 2013

: : Pengintegrasian Berjalan & Transit : :


Menurut data perangkaan yang ditunjukkan oleh (Polzin&Chu 2005) di Amerika, penggunaan transit awam merangkumi 1.76% daripada keseluruhan perjalanan peribadi. Kira-kira 6.4 bilion perjalanan transit adalah bersepadu, namun 7.7 bilion perjalanan lagi melibatkan perjalanan transit yang tidak bersepadu.


Setiap pengguna transit adalah pejalan kaki. Sebahagian daripada pengguna mempunyai jarak berjalan kaki yang singkat dari tempat letak kereta mereka untuk ke platform tren atau stesen bas. Walau bagaimanapun sebahagian pengguna transit yang lain terpaksa berjalan kaki bermula dari rumah, pejabat, atau pusat komersial untuk ke perhentian bas atau tren. Sesetengah pengguna transit perlu menyeberang jalan untuk sampai ke perhentian transit atau dari perhentian ke destinasi akhir mereka.

Justeru, adalah penting untuk mewujudkan pengintegrasian antara berjalan dan transit agar persekitaran sekeliling mereka selamat dan boleh diakses untuk setiap pengguna transit. Strategi ini juga turut dikenali dengan transit mesra pejalan kaki. Selain itu, strategi ini juga mustahak untuk melindungi penunggang transit daripada risiko yang membabitkan trafik yang lain serta memberi sokongan yang lebih baik untuk menggalakkan penggunaan transit (Walkinginfo.Org 2013).

Reka bentuk yang benar-benar bersepadu adalah lebih rumit pada mulanya namun menjimatkan wang dalam proses reka bentuk itu sendiri serta dalam operasi dan penyelenggaraan pada masa akan datang. Penyepaduan transit sebegini mampu meningkatkan bilangan penumpang, operasi dan sokongan komuniti sistem. Reka bentuk bersepadu juga mampu memanfaat pembangunan guna tanah.

Rujukan

Polzin, S. E. & Chu, X.   2005.   Public Transit in America: Results from the 2001 National Household Travel Survey.
   
Walkinginfo.Org.   2013.   Improve Access to Transit.   http://www.walkinginfo.org/transit/ [5 March 2013].


No comments:

Post a Comment

SPEDA Power By

SPEDA Power By