SALAM

KATA HIKMAH

KATA HIKMAH

MENU

Monday, 10 June 2013

: : Kenderaan Elektrik Hibrid (HEV) : :


Kenderaan elektrik (EV) telah wujud semenjak sebelum awal abad ini. Mereka sangat popular dan pasaran agak baik sehingga sekitar tahun 1918. Walau bagaimanapun, penggunaan EV untuk pengangkutan merosot disebabkan wujud enjin pembakaran dalaman (ICE) berkuasa petrol yang bertambah baik. Menjelang tahun 1933, bilangan EV telah berkurang hampir kepada sifar kerana EV adalah lebih perlahan dan lebih mahal berbanding ICE (Chan 1993).



Namun kepentingan EV ini muncul kembali akibat krisis tenaga dan kekurangan minyak pada 1970-an. Namun, kebangkitan sebenar EV adalah disebabkan oleh kebimbangan yang semakin meningkat mengenai penjimatan tenaga dan perlindungan alam sekitar di seluruh dunia pada tahun 1990-an. EV menawarkan kecekapan tenaga yang tinggi, membolehkan kepelbagaian sumber tenaga, menghasilkan sifar  bahan pencemar setempat, meminimumkan pemanasan  global serta mampu beroperasi secara senyap.

Salah satu contoh perkembangan kemajuan teknologi EV adalah penghasilan kenderaan elektrik hibrid (HEV). Kenderaan elektrik hibrid merupakan kenderaan yang dikuasai dengan gabungan enjin pembakaran dan motor elektrik. HEV menawarkan pengurangan dalam penggunaan minyak petrol atau diesel dengan ketara (Chau&Wong 2002).  HEV adalah satu teknologi yang mampu menjanjikan kemapanan sektor tenaga pengangkutan dengan pengambilalihan tenaga elektrik bagi menggantikan tenaga petroleum (Bradley&Frank 2009).

Rujukan

Bradley, T. H. & Frank, A. A.   2009.   Design, Demonstrations and Sustainability Impact Assessments for Plug-in Hybrid Electric Vehicles.  Renewable and Sustainable Energy Reviews  13(1): 115-128.
Chan, C.   1993.   An Overview of Electric Vehicle Technology.  Proceedings of the IEEE  81(9): 1202-1213.
Chau, K. T. & Wong, Y. S.   2002.   Overview of Power Management in Hybrid Electric Vehicles.  Energy Conversion and Management  43(15): 1953-1968.

No comments:

Post a Comment

SPEDA Power By

SPEDA Power By