SALAM

KATA HIKMAH

KATA HIKMAH

MENU

Monday, 10 June 2013

: : Kenderaan Gas Asli (NGV) : :


Suatu kebimbangan yang semakin meningkat mengenai masa depan bekalan tenaga serta perubahan iklim yang disebabkan oleh penggunaan tenaga tidak mapan kini membawa kepada bahan pembangunan dan penggunaan bahan api alternatif untuk menggantikan bahan api tradisional (Malenshek&Olsen 2009).



Antara bahan api alternatif tersebut ialah gas asli. Gas asli boleh didapati sama ada dalam bentuk gas asli termampat (CNG) atau gas cecair asli (LNG). Walau bagaimanapun, CNG merupakan alternatif yang lebih praktikal untuk pasaran dan alam sekitar (Ong et al. 2011). Pelepasan gas dari operasi NGV yang cekap secara umumnya didapati lebih rendah berbanding pelepasan daripada operasi kenderaan petrol (Engerer&Horn 2010; Ristovski et al. 2004)

Selain mesra alam, NGV juga adalah satu bahagian penting dalam penyelesaian kepada kekurangan minyak, pemanasan global dan pencemaran udara. Menurut (Ong et al. 2011) dalam kajian mereka mendapati bahawa jika 10% daripada kereta persendirian beralih kepada NGV, jumlah CO, NOx dan HC yang boleh dikurangkan masing-masing, 5%, 5.7% dan 5.3%. Ini bermakna gas asli termampat sebagai bahan api alternatif  pengangkutan mampu mengurangkan pelepasan gas pencemar oleh kenderaan persendirian.

Rujukan

Engerer, H. & Horn, M.   2010.   Natural Gas Vehicles: An Option for Europe.  Energy Policy  38(2): 1017-1029.
Malenshek, M. & Olsen, D. B.   2009.   Methane Number Testing of Alternative Gaseous Fuels.  Fuel  88(4): 650-656.
Ong, H., Mahlia, T. & Masjuki, H.   2011.   A Review on Energy Pattern and Policy for Transportation Sector in Malaysia.  Renewable and Sustainable Energy Reviews 
Ristovski, Z., Morawska, L., Ayoko, G. A., Johnson, G., Gilbert, D. & Greenaway, C.   2004.   Emissions from a Vehicle Fitted to Operate on Either Petrol or Compressed Natural Gas.  Science of the total environment  323(1): 179-194.

No comments:

Post a Comment

SPEDA Power By

SPEDA Power By