SALAM

KATA HIKMAH

KATA HIKMAH

MENU

Sunday 16 June 2013

: : Penyediaan Laluan Bas : :


Unsur-unsur yang merangkumi mana-mana sistem transit awam terutama bas terdiri daripada laluan pergerakan, stesen, kenderaan, sistem pengangkutan pintar, kutipan tambang, corak perkhidmatan, serta identiti dan penjenamaan. Laluan pergerakan adalah elemen penting dalam sistem perkhidmatan bas kerana ia membenarkan pergerakan pantas bas dengan gangguan trafik minimum untuk memberikan rasa yang jelas tentang kehadiran dan kebolehpercayaan bas (Miller 2009).


Selain itu, pemandangan perjalanan bas yang lancar di laluan khas ketika lebuh raya sesak dengan kenderaan lain adalah juga merupakan iklan terbaik untuk pengangkutan awam (Drumheller et al. 2001). Sementara itu,  menurut (Broome et al. 2012), hasil kajiannya mendapati bahawa perkhidmatan yang menyediakan laluan fleksibel telah mengakibatkan peningkatan dalam kepuasan bagi pengguna bas yang lebih tua. Justeru, laluan pengangkutan bas yang fleksibel mampu menjadi satu penyelesaian yang berharga bagi meningkatkan sistem bas mesra-umur.


Rujukan

Broome, K., Worrall, L., Fleming, J. & Boldy, D.   2012.   Evaluation of Flexible Route Bus Transport for Older People.  Transport Policy  21(0): 85-91.
Drumheller, B., Quaid, A., Wyman, M., Liljenwall, J. & Young, A.   2001.   Sustainable Transportation Options for Protecting the Climate. A Guide for Local Governments.  International Council for Local Environmental Initiative, Berkeley, CA 
Miller, M. A.   2009.    Bus Lanes/Bus Rapid Transit Sytems on Highways: Review of the Literature. California PATH Program, Institute of Transportation Studies, University of California at Berkeley.

No comments:

Post a Comment

SPEDA Power By

SPEDA Power By