SALAM

KATA HIKMAH

KATA HIKMAH

MENU

Sunday 14 July 2013

: : Sistem Basikal Awam : :


Sistem basikal awam yang juga dikenali sebagai perkongsian basikal atau program basikal komuniti. Sistem ini menyediakan basikal sewa mudah bagi tujuan perjalanan pendek (biasanya dalam lingkungan 5 km) di kawasan bandar. Sistem basikal awam biasanya terdiri daripada sejumlah basikal, rangkaian sistem automatik (tempat penyimpanan basikal) serta bahagian penyelenggaraan. Basikal boleh disewa di satu stesen dan dikembalikan pada stesen yang lain. Manakala penggunaan basikal adalah percuma atau murah untuk tempoh waktu yang singkat. Ini membolehkan penduduk bandar dan pengunjung memanfaatkan basikal tanpa perlu membeli, menyimpan dan menyelenggarakan basikal. Sistem ini akan lebih berkesan apabila basikal dikongsi ramai pengguna setiap hari.


Program perkongsian basikal mampu menawarkan akses yang selamat dan mudah kepada basikal untuk  perjalanan pendek, seperti menjalankan tugas semasa makan tengah hari dan perjalanan transit kerja. Program perkongsian basikal, seperti sistem basikal di Paris dan Lyon, Perancis berperanan membantu meningkatkan penguasaan mod berbasikal iaitu dengan bertindak sebagai pautan yang hilang dalam sistem pengangkutan awam, mengurangkan kesan karbon yang berkaitan dengan perjalanan sebuah bandar dan menyediakan pekerjaan atau aktiviti ‘hijau’ tambahan yang berkaitan dengan pengurusan sistem dan penyelenggaraan.

Adalah disyorkan bagi agensi yang mempertimbangkan untuk melaksanakan sistem basikal awam melakukan penilaian bebas terhadap keperluan masyarakat, ekonomi, teknologi, isu-isu logistik, kawasan perkhidmatan dan cabaran yang dihadapi oleh sistem akhir.

Selanjutnya (Shaheen 2011) telah menjalankan kajian terhadap sekumpulan pengguna sistem basikal awam di Hangzhou, China mendapati lebih daripada 80% pengguna sangat berpuas hati dengan sistem basikal awam tersebut kerana menawarkan kos rendah, penggunaan kad pintar, terdapat banyak stesen dan masalah-masalah yang minimum. Di samping itu, pengguna juga berpendapat penyediaan maklumat masa sebenar, keperluan tempat parkir kereta yang mencukupi dan penyelenggaraan basikal dengan lebih baik akan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan.

Rujukan




No comments:

Post a Comment

SPEDA Power By

SPEDA Power By