SALAM

KATA HIKMAH

KATA HIKMAH

MENU

Thursday 20 June 2013

: : Monorel : :


Monorel adalah sistem pengangkutan kereta api yang berasaskan satu landasan. Monorel dicipta lebih awal daripada yang kita jangkakan. Monorel tergantung pertama dicipta di Jerman dan diaplikasikan ke dalam operasi di Wuppertal pada tahun 1901. Namun, Jepun negara pertama yang memberi perhatian serius kepada sistem monorel apabila telah dibuka kepada umum pada tahun 1958 di Ueno Park Tokyo.


Pada 1960-an, monorel telah mula dibangunkan dan dibina di bahagian yang berlainan di dunia. Pada peringkat awal, monorel hanya dianggap sesuai untuk taman-taman tema, namun tanggapan ini telah berubah pada tahun 1964 apabila Tokyo Monorel mula beroperasi di sepanjang pinggir Tokyo Bay antara Hamamatsucho dan Lapangan Terbang Haneda. Monorel telah dibina sebagai sistem pengangkutan bandar.

Ketika ini monorel yang dilengkapi dengan teknologi terkini telah beroperasi termasuk di Line Okinawa (26.2 km), Kuala Lumpur Monorail (17.2 km) dan Monorel Chongqing (27 km). Monorel bandar boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu berjelapak (straddle) di mana gerabak terletak di atas rel, manakala seterusnya adalah jenis tergantung, di mana gerabak digantung pada rel.

Monorel merupakan satu sistem pengangkutan awam yang terbukti efektif dan efisien. Banyak sistem monorel sedang digunakan sebagai sistem pengangkutan awam berkapasiti tinggi yang membawa beribu-ribu penumpang setiap hari pada kelajuan sehingga 80 km/h (Siu 2007).  

Selanjutnya, monorel juga menawarkan kelebihan-kelebihan seperti berikut;

1 - Kelebihan utama monorel ke atas sistem kereta api konvensional adalah bahawa ia hanya memerlukan ruang yang kecil. Di samping itu, gerabak monorel lebih luas daripada rasuk atau trek, dan sistem monorel biasanya tinggi, justeru hanya memerlukan tapak yang minimum untuk tiang sokongan.

2 – Kos pembinaan landasan monorel biasanya lebih rendah berbanding landasan kereta api konvensional pada kapasiti yang sama.

3 - Disebabkan tapak yang lebih kecil, landasan monorel dilihat lebih menarik berbanding landasan tren konvensional tinggi yang lain, kerana menghalang pandangan perspektif persekitaran pada jumlah yang minimum.

4 – Sistem pergerakan monorel adalah terpisah dengan pengangkutan yang lain disebabkan hak laluan eksklusif (right of way) . Justeru, monorel tidak mengganggu mod pengangkutan yang sedia ada.

5 - Monorel lebih tenang, kerana monorel adalah didorong oleh motor elektrik dengan tayar getah. Ia menawarkan perjalanan lebih senyap daripada bas dan kereta api keluli beroda.

6 - Tidak seperti sistem kereta api konvensional, gerabak monorel yang membalut di sekitar landasan secara fizikal menghalang monorel daripada tergelincir, melainkan landasan itu sendiri mengalami kegagalan atau bencana.

7 – Fleksibiliti. Teknologi pembinaan monorel adalah unik. Landasan monorel boleh ditanggalkan dan diambil dari satu lokasi lalu dibina semula di lokasi yang lain dalam tempoh 2 minggu.

8 - Mesra pengguna. Kerusi roda dan basikal mudah ditempatkan dalam monorel disebabkan aras lantai stesen adalah sama dengan lantai monorel. Anda boleh duduk atau berdiri dengan selesa dalam keadaan berhawa dingin, menonton televisyen atau melayari Internet di dalam monorel.


Rujukan

Siu, L.   2007.   Innovative Lightweight Transit Technologies for Sustainable Transportation.  Journal of Transportation Systems Engineering and Information Technology  7(2): 63-70.

No comments:

Post a Comment

SPEDA Power By

SPEDA Power By