SALAM

KATA HIKMAH

KATA HIKMAH

MENU

Thursday 7 November 2013

: : Kekangan Untuk Bas : :

Kekangan Untuk Bas


Walaupun bas menawarkan pelbagai kelebihan kepada pengguna jalan raya dan merupakan nadi utama pengangkutan di bandar, namun malangnya, mod pengangkutan ini juga tidak sempurna. Terdapat pelbagai kekangan dan masalah yang perlu dihadapi. Bagaimanapun, ciri-ciri negatif ini mungkin bergantung kepada kes-kes tertentu setelah kesesuaian mod pengangkutan lain diteliti.

Sebagai contoh, keperluan untuk pemandu bas yang banyak boleh menjadi masalah yang serius di tempat-tempat tertentu disebabkan oleh kos buruh yang tinggi, sebaliknya ia boleh dianggap sebagai faedah di negara-negara yang perlu untuk membangunkan peluang pekerjaan dan pembangunan kemahiran.


Poin-poin berikut menjelaskan kekangan yang dihadapi bagi melaksanakan operasi perkhidmatan bas:

Operasi intensif buruh


Nisbah antara kakitangan operasi dan bilangan penumpang yang dibawa adalah lebih tinggi untuk bas berbanding mod pengangkutan awam besar yang lain. Ia adalah sukar untuk melihat apa-apa peluang yang munasabah untuk mengurangkan keperluan untuk pemandu. Selain itu, kakitangan juga melibatkan bahagian penyelenggaraan.

Pencemaran


Seperti yang kita semua tahu, enjin pembakaran dalaman petrol dan diesel yang serius boleh merosakkan alam sekitar bandar dan  telah menjadi kebimbangan utama sejak kebelakangan ini. Terdapat banyak hasil kajian yang mendapati gas yang dikeluarkan oleh kenderaan bermotor termasuk bas berbahaya kepada kesihatan.

Selain itu, kualiti penyelenggaraan enjin diesel sentiasa membimbangkan, kerana ia masih mempunyai banyak kekurangan di mana banyak bahan pencemar dibebaskan. Walaupun bas mewakili hanya beberapa peratusan sahaja daripada jumlah aliran trafik bandar, namun keadaan ini perlu diberi perhatian. Selanjutnya, enjin diesel juga boleh menjadi agak bising, terutamanya jika kurang penyelenggaraan enjin.

Enjin diesel boleh diperbaiki dari segi prestasi dan kawalan pelepasan, tetapi penyelesaian yang terdekat mungkin berada di sudut bahan api yang digunakan. Kini terdapat kumpulan-kumpulan berkepentingan awam, dan organisasi telah memberi tekanan yang lebih terhadap agensi-agensi yang menjalankan operasi perkhidmatan bas supaya beralih kepada bahan api yang tidak mencemarkan alam dan menjalankan semua pelarasan lain yang berkaitan.

Antara bahan api alternatif yang boleh diketengahkan adalah seperti gas asli mampat (CNG). Sesetengah bahan api yang berpotensi (seperti metanol, etanol, biodiesel dan bahan api lain) masih lagi samar, manakala sumber-sumber tenaga lain (seperti hidrogen dan elektrik) masih dalam perdebatan. Teknologi enjin yang paling berpotensi pada masa kini adalah sistem hibrid, namun enjin diesel yang dinaikkan taraf juga boleh diguna pakai.

Kesesakan jalan

Bas terperangkap dalam kesesakan jalan, dan ia juga turut menyumbang dengan ketara kepada kesesakan tersebut. Selagi mana bas beroperasi di trafik yang bercampur- campur, yang merupakan salah satu kekuatan mereka, masalah ini akan berterusan. Ia menjadikan perkhidmatan bas perlahan dan tidak boleh dipercayai dalam keadaan sedemikian, kadang-kadang memusnahkan daya maju sepenuhnya.


Walau bagaimanapun, oleh kerana jumlah ruang jalan bagi mana-mana kawasan adalah tetap, oleh itu mana-mana mod yang menyokong transit awam akan mewakili satu anjakan ruang lalu lintas berbanding pengangkutan lain seperti kereta, lori, dan teksi. Justeru, konflik sudah pasti tidak dapat dielakkan, namun perhatian perlu diberikan kepada kenderaan yang membawa ramai orang yang lebih berhak untuk mendapat keutamaan. Walau bagaimanapun, di bawah keadaan semasa stigma kebolehpercayaan yang rendah terhadap bas menghantui mod pengangkutan tersebut.

Perkhidmatan perlahan

Di samping masalah kesesakan, kelancaran bas juga boleh menjadi terbantut dengan serius disebabkan amalan kutipan tambang. Ini berlaku jika semua orang memasuki bas dengan satu laluan yang di kawal oleh seorang pemandi, beratur untuk membayar tambang.

Bagi mengatasi kekangan ini, antara alternatif terbaik adalah pengguna terlebih dahulu membayar tambang sebelum menaiki sesebuah bas. Sistem pembayaran yang turut dikenali dengan nama sistem prabayar ini mampu menawarkan kelancaran kerana semua pengguna boleh bergerak masuk dan keluar melalui semua pintu tanpa kekangan.

Keselesaan dan kualiti penunggangan

Pengguna transit mempunyai keutamaan naluri untuk menggunakan mod rel berbanding bas. Kemungkinan besar, penjelasan bagi stigma ini adalah sebahagian besarnya boleh didapati dalam fakta bahawa kereta api menyediakan perjalanan yang stabil dan mantap, sebaliknya bas sentiasa bergegar dan berpusing (ke kanan dan ke kiri). 

Kadang-kala bas mencecah jalan berlubang atau kaki lima yang tidak sekata. Selain itu, pemandu juga kadangkala mungkin perlu membrek secara tiba-tiba.

Ini bermakna adalah agak sukar bagi pengguna untuk berjalan di dalam bas. Di samping itu, pengguna bas yang berdiri pula perlu mengimbangi diri secara berterusan, dan sudah tentu membaca adalah rumit walaupun jika seseorang itu duduk. Beberapa penambahbaikan yang boleh dijangkakan, tetapi masalah asas akan kekal.

Kapasiti rendah

Setiap unit bas adalah jauh lebih kecil daripada mana-mana transit berasaskan rel seperti LRT. Keadaan jalan dan tuntutan beban tidak membenarkan bas bergerak melebihi muatan. Oleh itu, kapasiti pemprosesan yang praktikal akan lebih rendah daripada mana-mana sistem rel. Itu adalah fakta yang meletakkan mod yang berbeza di tempat-tempat yang berbeza pada spektrum pilihan pengangkutan. Adalah mungkin untuk mengurangkan perbezaan kapasiti bas jika diberi layanan istimewa di jalan-jalan, bergerak ke arah keadaan yang betul dan hak jalan yang eksklusif.


Imej awam

Bas yang dianggap sebagai alat utilitarian, dilihat setiap hari oleh semua ahli masyarakat. Mereka diterima sebagai elemen pengangkutan di kawasan bandar, tetapi pengguna tidak menjana keseronokan terhadap bas. Bas kelihatan mempunyai imej negatif kepada orang ramai dan masyarakat secara umumnya. Orang ramai seolah-olah percaya bahawa status sosial mereka akan terjejas jika mereka dilihat menggunakan bas. Persepsi sedemikian banyak menjejaskan mod pengangkutan bas untuk berdaya maju.

 Rujukan


No comments:

Post a Comment

SPEDA Power By

SPEDA Power By